Bukan Berita Online Biasa

Elak Panas, Tubuh Badan Fattah Penuh Nilai Berharga

in Artis/Utama & Sensasi

SIAPA yang tidak kenal dengan pelakon, Fattah Amin yang sering kali dihimpit dengan kontroversi.

Meskipun satu persatu kontroversi melanda, dia tetap dilihat tidak serik dengan membuat lagi pelbagai spekulasi lain.

Sebelum ini, kenyataan Fattah yang meletakkan syarat agar tidak berjemur lama di bawah panas nampaknya agak kecoh bukan sahaja dalam kalangan netizen, malahan juga selebriti lain yang ‘mengusik’ pelakon itu secara umum sehingga mencetus kemarahan peminat hero tersebut.

Baca: Fattah Tak Boleh Berjemur, Nabil Pula Kena Kecam

Bagaimanapun, Fattah menjelaskan bahawa ‘tugasnya’ sebagai duta beberapa produk kecantikan kulit menyebabkan dirinya tidak boleh berpanas demi menjaga kulitnya.

“Mungkin ada anggap saya keterlaluan tetapi apabila menjadi duta produk, perkara begini amat dititikberatkan. Saya menjaga setiap anggota badan kerana semuanya membawa nilai terutama produk yang saya wakili.

“Sebab itulah pihak pengurusan akan berpesan kepada syarikat produksi untuk tidak membenarkan saya terdedah dengan panas.

“Ini kerana jika saya gelap atau kulit tidak sekata, ia akan mengganggu produk yang diwakili,” ujar pelakon ini memetik sebuah portal online.

Tambahnya lagi, kita seharusnya menjaga apa yang dikurniakan oleh Tuhan. Bayangkan kalau selekeh? Siapa je nak pandang. Bukan peminat je tak nak dekat, silap-silap client pun lari.

“Jika rambut saya panjang, mereka tegur dan meminta saya potong rambut. Itulah yang saya buat. Kadangkala mereka cakap kuku sudah panjang, pergi potong.

“Apa yang Tuhan kurniakan pada diri, kita seharusnya jaga. Cuba saya keluar selekeh, bukan peminat saja yang tak nak tengok, client pun tak mahu,” katanya.

Sebelum ini heboh seketika apabila pengacara terkenal,Nabil Ahmad dilihat memerli kenyataan Fattah yang tidak mahu berjemur lama di bawah panas di akaun Twitter miliknya.

Namun, akibat perlian tersebut Nabil dilihat kena kecam hebat oleh para peminat Fattah yang begitu mempertahan hero drama Coffee Prince tersebut.

Untunglah, ramai peminat sayangkan…Kena kecam sikit, ramai yang backup! huhu… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top