Bukan Berita Online Biasa

Erra Gembira Aleesya Sayang Bella

Erra Gembira Aleesya Turut Sayang Bella

in Artis/Utama & Sensasi

PERKAHWINAN bekas suami primadona filem Melayu moden, Erra Fazira iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin buat kali kedua ternyata sesuatu yang menggembirakan buatnya.

Ini kerana, anak tunggal mereka yang bernama Engku Aleesya amat menyayangi dan rapat dengan isteri baru Emran iaitu akres jelita Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Pada Erra, dia amat bersyukur kerana Emran meletakkan soal perasaan anak mereka sebagai perkara utama.

Akui Erra, dia dan bekas suami mengutamakan kebahagiaan Aleesya melebihi segala-galanya.

Padang 12/8/2017. Final location of pre wedding photo.

A post shared by In Safe Hands (@iamkumbre) on

“Benar, fokus utama dalam soal hati saya dan bekas suami ialah mengenai perasaan anak kami. Itu yang paling utama. Kebahagiaan anak kami perlu didahulukan.

“Selama ini, saya mendoakan Emran akan mendapat calon isteri yang baik. Alhamdulillah, semua itu bagaikan dipermudahkan dengan kehadiran Bella.

“Insya-Allah, Aleesya juga menyenangi Bella. Malah, setiap kali kedatangan Bella ke Kuala Lumpur, Aleesya teruja bertemunya. Ketika itu, Aleesya memanggilnya ‘Bonti’ (singkatan bonda Aunty),” katanya kepada BH Online.

Emran dan Bella dinikahkan bapa Bella, Busye Amir dengan mas kahwin sebanyak RM300 di sebuah hotel di sini, 8 September lalu.

Erra mengaku bersyukur Aleesya gembira dengan kehadiran Bella dalam hidup bapanya.

“Saya tak mahu ada jurang antaranya dengan Bella. Biar anak saya ada sebuah keluarga yang lengkap,” katanya.

Alhamdulillahhhh.. Tahniah!! Buat ayah kepada Aleesya @iamkumbre dan @laudyacynthiabella diatas penyatuan cinta kalian.. moga berbahagia dan berkekalan hingga ke jannah. Penyatuan ini juga moga dapat mengeratkan lagi ukhwah antara Malaysia dan Indonesia.. Kita bersaudara dalam kejauhan.. kita saling mendoakan dan pupuk kasih sayang. Moga harmoni dan damai bersama. Amin. . . Anakanda ku, kini bertambah ahli keluarga Aleesya, maka bertambahlah hendaknya kasih sayang dan perhatian buat mu sayang.. Moga menjadi anak yg solehah dan punya jati diri yang disenangi dan dsayangi sentiasa. Mom will always support and pray for your happiness dunia dan akhirat. Love you so much my love!!! 😙😙😙. . Kepada pasangan mempelai ee dan bella.. moga kalian segera dikurniakan cahaya mata yg soleh dan solehah lagi comel! Pasti anakanda Aleesya tak sabar menanti adik.. 😉😁 Kalian sentiasa dalam doaku.. CONGRATULATIONS AGAIN!! Muahhhhh 😙😙

A post shared by Eera Chek (@errafazira) on

Malah, Erra turut memuat naik gambar bersama-sama Bella dan Aleesya ke dalam akaun Instagramnya dengan memberikan ucapan yang cukup manis.

Bagus kan kalau begini? Tiada persengketaan, malah saling mendoakan kebahagiaan satu sama lain meskipun masing-masing telah bertukar status. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top