Bukan Berita Online Biasa

Fattah Amin Minta Peminat Agar Jangan Lebih-Lebih

Fattah Amin Minta Peminat Agar Jangan Lebih-Lebih

in Artis/Utama & Sensasi

TINDAKAN beberapa orang artis memuat naik tweet ‘bergurau’ tentang Fattah Amin baru-baru ini, tidak sangka pula boleh membuat peminat fanatik pelakon itu bersuara, malah siap ‘melancarkan’ serangan balas!

Dahsyat juga peminat Fattah ni. Taksub sangat dengan artis kesayangan mereka sampai sanggup menyerang artis lain dengan niat kononnya mempertahan Fattah daripada menjadi mangsa ‘buli’.

Namun, Fattah mengatakan dia tidak boleh menghalang tindakan para peminatnya itu.

Bagi Fattah apa yang disuarakan oleh para peminatnya adalah lahir daripada hati mereka sendiri atas tanda sokongan setia untuk dia selama ini.

“Saya berharap tidak ada pihak menyalahkan peminat saya. Ini kerana mereka hanya menjalankan tugas melindungi artis yang diminati.

“Saya percaya setiap komen mereka lahir dari hati. Ia membuatkan saya terharu dan semakin menghargai mereka.

“Namun, dalam masa sama saya selalu mengingatkan peminat untuk selalu bercakap yang baik-baik. Ambil yang positif dan jauhkan perkara negatif,” katanya memetik Harian Metro.

Sebelum ini, heboh di media sosial peminat Fattah didakwa ‘menyerang’ beberapa artis di laman sosial selepas mereka mempersenda kenyataan pelakon itu yang dikatakan tidak boleh berjemur.

Baca: Fattah Tak Boleh Berjemur, Nabil Pula Kena Kecam

Antara artis yang menjadi ‘mangsa’ serangan adalah Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sharifah Amani.

Fattah beranggapan mungkin terdapat pihak yang salah tafsir tentang kenyataan tersebut.

Apa yang dimaksud dengan ‘tidak boleh berjemur’ itu, bukanlah tidak boleh terdedah dengan matahari langsung.

Tapi komitmen sebagai duta untuk beberapa produk penjagaan kulit, dia perlu mengambil berat pelbagai perkara bermula daripada hujung rambut hingga ke kaki terutamanya kulit.

“Mungkin ada pihak salah tafsir. Maksud kenyataan saya sebelum ini, dengan komitmen sebagai duta untuk beberapa produk penjagaan kulit saya perlu mengambil berat perkara itu termasuk rambut.

“Bukanlah bermaksud saya tidak boleh terdedah pada cahaya matahari langsung,” ujarnya.

Bagaimanapun, Fattah menganggap komen yang dilemparkan terhadapnya adalah sekadar gurauan semata.

“Mengenai isu mempersendakan tajuk artikel yang dikongsi, saya menganggap ia gurauan dan pendapat individu daripada rakan artis,” katanya.

Hmmm…alahai kelakarnya! Fattah relax je pun. Peminat pula yang dilihat lebih sudu daripada mangkuk! Apa cerita? – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top