Bukan Berita Online Biasa

Fattah Tarik Diri, Enggan Satu Pentas Dengan Neelofa?

in Artis/Utama & Sensasi

SELEBRITI pun manusia biasa juga dan mereka pasti mempunyai satu perasaan janggal yang mana perlu berdepan dengan bekas kekasih.

Walaupun sudah berjanji untuk hadir ke program Meletop, pelakon tinggi lampai Fattah Amin nampaknya enggan mucul di pentas program tersebut yang dihoskan oleh bekas kekasihnya, Noor Neelofa.

“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ni, disebabkan ada urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan.

“Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah Amin & isteri datang sini lagi. Hehe,” kata kenyataan itu menerusi Instagram rasmi program berkenaan.

Pihak produksi yang pada mulanya telah memaklumkan kemunculan Fattah bagaimanapun terpaksa membuat pengumuman permohonan maaf secara langsung ketika rancangan sedang ke udara.

Disebabkan insiden luar jangkaan tersebut, ramai peminat hiburan tanah air telah menghentam Fattah kerana bersikap tidak profesional apabila enggan bertemu dengan Neelofa.

Dalam masa yang sama, pengurus Neelofa, Shawn Amer pula telah memuat naik satu instastory di laman Instagram miliknya dengan berkongsi satu kata-kata berbaur sindiran.

Ia menganggap seseorang itu sebagai tidak profesional kerana terus pulang walaupun sudah tiba di sesuatu tempat.

Walaupun instasory itu tidak menyebut nama mana-mana individu, namun ramai sedia maklum bahawa ianya berkaitan dengan situasi yang terjadi malam tadi.

Difahamkan bahawa Fattah sudah pun bersedia di belakang pentas bersama dengan Fahrin Ahmad untuk mempromosikan drama lakonan mereka, My Coffee Prince.

Walaupun Fattah dan Fahrin dikatakan telah bersedia untuk naik ke atas penats, secara tiba-tiba dia terpaksa menarik diri di saat akhir.

Peminat ni jenis ‘laju’ je buat kerja. Maka ada beberapa gambar telah berjaya dirakam oleh mereka ketika berada di dalam studio yang menyaksikan sendiri insiden tersebut.

Pihak mStar Online telah menghubingi Ketua Saluran Melayu Astro, Rafiq Ahmad untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu tersebut tetapi pihak mereka hanya memberi komen ringkas.

Ia mengatakan bahawa Fattah sememangnya sudah muncul di belakang pentas namun dia mempunyai hal kecemasan serta perlu segera pulang.

Haihh… Fattah yang taknak bertemu dengan Neelofa atau memang dia ada urusan kecemasan sebenarnya?

Bila dah jadi macam ni, peminat fanatik Lofattah dan Fattzura pula telah memulakan ‘peperangan’ antara mereka.

Satu pihak menyalahkan Fattah kerana bersikap seperti pengecut kerana tak mampu berdepan dengan kisah lamanya. Yang satu lagi pula mendakwa kononnya pihak produksi sengaja nak kenakan Fattah.

Sebelum ini, Fattah juga pernah dikecam kerana tidak hadir ke program tersebut pada Mei yang lalu bagi mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella.

Tetapi dia telah memaklumkan bahawa tidak menerima sebarang arahan untuk menjadi tetamu.

Jun yang lalu pula, giliran Neelofa dikecam kerana bersikap tidak profesional apabila tidak mahu menjadi pengacara sewaktu kemunculan Fattah dan Fazura.

Apa pun, bila perkara macam ni berlaku ia sebenarnya telah menyebabkan satu pihak itu dipersalahkan selagi tiada kenyataan yang diberikan oleh pihak yang sepatutnya.

Harapnya janganlah ada cerita buruk yang keluar pula disebbakan kejadian yang tak diduga ni. Mungkin Fattah memang ada urusan kecemasan, kita bukan tahu pun.

Jadi diam-diam saja lah kalau tak tahu cerita sebenar. – MYNEWSHUNB.CC / AH

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top