Bukan Berita Online Biasa

Fattah Amin Nasihatkan Peminat Jangan 'Over'

Fazura Kirim 50 Kuntum Mawar Untuk Fattah Dari NY

in Artis/Utama & Sensasi

MESKIPUN cuma bergelar sahabat baik, pelakon Fattah Amin tetap diraikan secara istimewa dan manis sekali oleh Fazura semasa ulang tahun kelahirannya yang ke-27, pada Khamis.

Tepat pukul 12.00 tengah malam, Fazura telah memberikan Fattah satu ucapan istimewa, seperti yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya.

Menerusi foto dan kapsyen yang dimuat naik menerusi Instagram, Fazura mendoakan pelakon tersebut sentiasa dirahmati Allah dengan kebaikan di dunia sehingga akhirat.

Foto tersebut telah mendapat lebih 44,000 tanda suka (likes) dan 1,500 komen daripada peminat mereka berdua.

“Selamat hari lahir Abdul Fattah bin Mohd Amin. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi. Dan merahmati mu dengan takdir kebaikan di dalam dunia sampai akhirat. Amin Allahuma Amin,” kata Fazura yang menulis kapsyen itu dari New York, Amerika Syarikat.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen apabila Fattah meninggalkan komen di ruang foto tersebut dengan ucapan terima kasih dengan gelaran istimewa buat Fazura.

“Amin. Terima kasih yang paling manis. Terima kasih untuk hadiah,” kata Fattah.

Pasangan ini mempunyai panggilan gelaran semenjak mereka bergandingan menerusi drama Hero Seorang Cinderella.

Gelaran Fazura kepada Fattah adalah ‘Yang Paling Comel’ dan manakala ‘Fazura Yang Paling Manis’.

Selain itu, hero pujaan ramai ini turut menerima kejutan paling sweet yang berupa 50 kuntum bunga mawar daripada Fazura.

Haih, bersemut sangat korang berdua ni. Moga-moga ada lah jodoh mereka berdua kan, kami suka lihat kebahagiaan Fattzura ini: nampak natural dan tidak dibuat-buat! – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top