Bukan Berita Online Biasa

Finland Iktiraf Harith Sempena Merdeka Ke-100

in Artis/Utama & Sensasi

SELEPAS setahun bergelar Funniest Person in The World tahun lalu, pelawak dan pelakon Harith Iskander secara rasminya telah menerima plak anugerah tersebut.

Baca: Harith Iskander Juara Funniest Person In The World 2016

Anugerah tersebut diberikan Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Finland yang ke-100.

Menurut Harith, anugerah yang diterima itu menjadi pendorong buat dirinya untuk meneruskan lagi karier dalam industri hiburan.

“Anugerah ini memang di luar jangkaan saya,… saya sangat berterima kasih dan menghargainya,” katanya.

Sementara itu, menerusi Instagramnya, Harith turut meluahkan rasa syukurnya menerima anugerah tersebut dan berterima kasih kepada isterinya, Dr. Jezamine Lim yang sentiasa menyokong kerjayanya.

“Ia merupakan momen yang sangat gila dan membanggakan untuk menerima anugerah pengiktirafan daripada Duta Finland di Malaysia, Petri Puhakka semasa mereka meraikan 100 tahun kemerdekaan Finland semalam (Rabu).

“Terima kasih kepada pengurus, Dr. Jezamine Lim, tanpa dia saya mungkin tidak menang pertandingan tersebut,” tulisnya di laman Instagram.

Dalam pada itu, Harith yang dikenali sebagai Godfather of Stand-Up Comedy in Malaysia ini menyatakan yang dia sekali lagi akan terlibat dengan pertandingan tersebut tahun depan.

“Insya-Allah, pertandingan yang sama iaitu Funniest Person in the World 2018 akan diadakan di negara ini dan saya akan terbabit dalam pertandingan,” katanya lagi.

Terdahulu, Harith telah dinobatkan sebagai individu paling lucu di dunia dalam program Laugh Factory’s 2016 Funniest Person in the World apabila berjaya menewaskan empat finalis lain sekaligus membawa pulang hadiah berjumlah AS$100,000 (RM444,845).

Berpegang teguh dengan falsafah komedi menyatukan kita semua, tidak mustahil Harith mampu menjulang anugerah tersebut sekali lagi pada tahun depan.

Selamat maju jaya dan tahniah diucapkan buat Harith Iskander! – MYNEWSHUB.CC/SA

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top