Bukan Berita Online Biasa

Fizz Fairuz Lebih Suka Almy Nadia Jaga Anak Di Rumah

Fizz Fairuz Lebih Suka Almy Nadia Jaga Anak Di Rumah

in Artis/Utama & Sensasi

TIDAK seperti kebanyakan artis yang terus kembali aktif dalam bidang seni sejurus selepas tamat tempoh berpantang, Almy Nadia lebih selesa untuk berehat seketika daripada dunia lakonan dan fokus sepenuhnya terhadap membesarkan kedua-dua anaknya.

Apatah lagi dengan bermacam kes penderaan kanak-kanak dewasa ini, pendirian Almy turut disokong penuh oleh suaminya, pelakon Fizz Fairuz.

Menurut Fizz, dia dan isteri sememangnya bimbang meninggalkan anak-anak mereka yang masih kecil bersama pembantu rumah.

“Alhamdulilah anak saya membesar dengan sihat dan bijak di bawah jagaan Almy. Saya lebih suka Almy sendiri yang menjaga anak saya di rumah, berbanding menyerahkan tugasan itu kepada pembantu rumah.

“Pembantu rumah sekarang pun sukar dipercayai kerana banyak kes membimbangkan saya. Jadi saya mahu Almy selesaikan tugasan di rumah manakala saya sahaja yang keluar bekerja,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Fizz turut berkongsi bahawa buat masa ini Almy masih menyusukan anak kedua mereka yang baru sahaja dilahirkan September tahun lalu.

Bagaimanapun, Fizz berkata isterinya akan kembali beraksi di hadapan kamera setelah puas membesarkan anak-anak mereka nanti. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top