Bukan Berita Online Biasa

Fokus Nyanyi, Aiman Tino Belum Terbuka Hati Berlakon

Fokus Nyanyi, Aiman Tino Belum Terbuka Hati Berlakon

in Artis/Utama & Sensasi

PENYANYI Aiman Tino memberitahu dia masih belum tefikir untuk menceburi bidang lakonan walaupun sudah banyak menerima tawaran daripada pihak produksi.

Menurut Aiman, dia mahu memberikan sepenuh tumpuan kepada nyanyiannya dan masih belum terbuka hati unutk berlakon kerana bimbang tidak dapat membahagikan waktu di antara dua cabang kerjaya itu.

“Alhamdulillah memang banyak tawaran berlakon yang saya terima tetapi saya memilih untuk fokus kepada bidang nyanyian dahulu buat masa ini.

“Bukan apa, saya risau tidak dapat membahagikan masa dengan baik kerana berlakon memerlukan komitmen yang tinggi,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Aiman, dia akan bersikap lebih terbuka untuk mencuba bidang lakonan pada masa akan datang kerana dia ingin mencuba sesuatu perkara yang baru dalam kariernya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Tags:

Terkini dari Artis

Go to Top