Bukan Berita Online Biasa

Fouziah Gous Disahkan Hamil Anak Kedua

Fouziah Gous Disahkan Hamil Anak Kedua

in Artis/Utama & Sensasi

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon jelita Fouziah Gous yang baharu sahaja menerima khabar gembira apabila disahkan hamil anak kedua.

Menurut isteri kepada Mohd. Zhafran ini, dia sendiri tidak menyangka dirinya sedang hamil kerana doktor yang merawatnya pada awal hanya mengesyaki aktres itu menghidap gastrik.

“Suami saya bawa ke hospital untuk buat pemeriksaan, pada mulanya doktor menyangka saya sakit gastrik sampailah dinasihatkan untuk membuat rawatan susulan.

“Ketika pemeriksaan kali kedua doktor sahkan saya hamil tujuh minggu dan sekarang sudah genap usia kandungan saya 14 minggu,” katanya kepada Astro Gempak.

Apa yang lucu dan manisnya, Fouziah mendakwa suaminya juga sebelum ini ada bermimpi bakal menimang cahaya mata kedua.

“Suami ada beritahu yang dia bermimpi saya mengandung tapi kami anggap itu mainan tidur sebab saya pun ada mendapat mimpi mengarut juga.

“Namun, mood saya menjadi tidak stabil dan simptom ini saya pernah rasa ketika mengandung kali pertama dulu,” tambahnya.

Bercerita mengenai kehamilan keduanya ini, Fouziah akui dia mengalami alahan yang teruk sehinggakan dia hilang selera makan.

Anak pertama pasangan ini kini berusia setahun enam bulan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Tags:

Terkini dari Artis

Go to Top