Bukan Berita Online Biasa

Genderang De Facto Tanda Nombor 1 & 2 Akrab

in Politik/Utama & Sensasi

APABILA Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak memulakan ucapan Perasmian Persidangan Agung UMNO (PAU) 2017, dengan menyebut Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid sebagai de facto Timbalan Presiden, ia isyarat jelas yang menjawab segala persoalan mengenai hubungan mereka.

Ungkapan sahabat karib adalah pembuka kata, sebelum tanpa berselindung Najib memberi spot light sokongan penuh kepada Dr. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Bagi pencelaru politik, ucapan pembukaan PAU 2017 hari ni, memusnahkan harapan untuk mencipta spekulasi berterusan mengenai hubungan pemimpin nombor 1 & 2 dalam kerajaan ini.

Banyak pencelaru mengharapkan tiada titik terang ditemukan dalam PAU 2017 yang dapat menghentikan spekulasi hubungan antara Najib dan Dr. Ahmad Zahid.

Mereka berharap, Najib membiarkan titik kelabu ini berterusan.

Sejak perlantikan seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin sebagai Menteri Tugas-Tugas Khas, pencelaru memainkan isu itu berpunca daripada Khas, pencelaru memainkan isu itu berpunca daripada tanda retaknya hubungan antara Najib dan Dr. Ahmad Zahid.

Kini UMNO dapat menarik nafas lega. Pengumuman ini membolehkan parti utama BN itu memacu langkah lebih perkasa dan utuh dalam menghadapi PRU 14 sebelum Jun 2018.

Dr. Ahmad Zahid sebelum ini, enggan membincangkan mengenai kedudukan dirinya sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO selepas PRU 14 nanti.

Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden UMNO itu, menolak untuk mengulas mengenai perkara ini apabila diwawancara editor-editor kanan Kumpulan Media The Star.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin sudah menyatakan sokongan penuh pergerakan itu kepada Najib dan Dr. Ahmad Zahid untuk kekal sebagai pemimpin nombor satu dan dua UMNO.

Secara tegas, Pemuda UMNO mahu, kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun hadapan.

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top