Bukan Berita Online Biasa

Graduan UIAM Viral, Pelajar Istimewa Yang Bijaksana…

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

RAKAMAN video memaparkan aksi graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terjatuh ketika mengambil skrol rupa-rupanya menyimpan 1,001 rahsia di sebaliknya.

Ini didedahkan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai, Nama Amber Roslan Rusly yang hari ini memuat naik status beserta gambar bagi menerangkan secara jelas keadaan sebenar insiden lucu berkenaan.

Berdasarkan maklumat diterima Mynewshub, netizen tersebut memaklumkan bahawa graduan berkenaan merupakan seorang pelajar istimewa yang bijak dalam pengajian.

Malah, siswa itu juga dikatakan menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai ADHD sekali gus dianggap sebagai salah seorang pelajar pintar di dalam kelas.

Bagaimanapun, penyakit tersebut juga berkemungkinan merupakan faktor kepada graduan berkenaan berasa gementar ketika berada di atas pentas graduasi sewaktu menerima skrol pada hari bersejarah itu.

Tambahan pula, acara berprestij tersebut disaksikan secara langsung oleh ribuan tetamu yang hadir.

Hasil tinjauan daripada beberapa sumber, Mynewshub difahamkan ADHD merupakan akronim daripada Attention Deficit Hyperactive Disorder di mana merupakan salah satu ketidakupayaan dalam pembelajaran.

Menurut Azizi Yahaya et al. (2006), ADHD merujuk kepada suatu kecelaruan perkembangan berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsivity lebih kerap berbanding dengan keadaan biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan normal.

Selain itu, ADHD juga merupakan “A persistent pattern of inattention and or hyperactive impulsivity that is move frequent and severe than is typically observed in individuals at comparable level of development” (Bailly,2005).

Dianggarkan antara 3 peratus hingga 5 peratus gangguan hiperaktif dan impulsivity biasanya berlaku ketika di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan juga remaja.

Dalam pada itu Mynewshub turut difahamkan, ADHD lebih cenderung berlaku kepada kanak-kanak lelaki berbanding perempuan dan kebiasaan individu yang mengalami penyakit ini berumur sebelum tujuh tahun.

Untuk rekod, penyakit ini berpunca daripada beberapa faktor antaranya pengambilan gula yang berlebihan, kerosakan saraf dan tahap rendah neurotransmitter di dalam otak serta faktor genetik.

Sementara itu, rakaman mengenai video tersebut telah dimuat naik ke laman sosial lantas menghiburkan orang ramai dengan aksi lucu graduan berkenaan.

Baca: Video: Gugup Punya Pasal Habis Segalanya ‘Tercabut’

Apa-apapun, sekalung tahniah buat siswa ini walaupun menghidap penyakit namun, siapa sangka yang usahanya selama ini membuahkan hasil dengan pencapaian membanggakan itu!

Sekali lagi syabas dan tahniah kami ucapkan kepada Ahmad Sharifuddin Huzaifi Ahmad Sukarno atas kejayaan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan di UIAM! – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...
Tags:

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top