Bukan Berita Online Biasa

Kastam Kedah Buru 170 Peniaga Gagal Jelas GST

GST Lebih 60 Lagi Item Makanan Akan Dibatalkan

in Gaya Hidup/Slider/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas 60 lagi item makanan akan dibatalkan, berkuat kuasa 1 Julai, 2017.

“JKDM telah merujuk perkara ini dengan Kementerian Kewangan untuk maklum balas dan telah membuat keputusan supaya P.U. (A) 162 Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 di batalkan.

GST Lebih 60 Lagi Item Makanan Akan Dibatalkan

“Justeru itu, JKDM memohon kerjasama semua pihak supaya mengambil maklum tentang perkara ini,” kata Ketua Pengarah Kastam, Subromaniam Tholasy dalam satu kenyataan.

Media tempatan melaporkan lebih 60 makanan tertentu yang berkadar sifar akan dikenakan GST enam peratus bermula 1 Julai tahun ini selepas merujuk kepada Perintah Cukai Barang Dan Perkhidmatan (Pembekalan Berkadar Sifar) (Pindaan) (No. 2) 2017 yang telah diwartakan pada 6 Jun 2017 melalui P.U. (A) 162 dan akan berkuat kuasa pada 1 Julai 2017.

Implikasi kepada pewartaan Perintah itu akan menyebabkan lebih daripada 60 item makanan seperti ikan belut, ikan todak, jagung, sayuran sejuk beku, buah-buahan import (avocado, apricot, anggur, ceri, peach, plum) figs, marjerin dan lain-lain akan tertakluk kepada GST enam peratus. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top