Bukan Berita Online Biasa

Hafidz Roshdi Timang 'Baby Girl'

Hafidz Roshdi Timang ‘Baby Girl’

in Artis/Utama & Sensasi

NAMPAKNYA ramai pula artis yang menimang anak ya tahun ini, termasuklah pelakon kacak Hafidz Roshdi!

Hafidz, 23, gembira bergelar bapa selepas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri melahirkan bayi perempuan jam 11.30 pagi Sabtu, lapor BH Online.

Bayi seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Klang.

“Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan anak sihat. Saya sangat terharu dan tidak sangka sudah bergelar bapa pada usia masih muda.

“Saya terima anugerah ini sebagai rezeki dan tanggungjawab daripada Allah untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” katanya.

Bagaimanapun, mengenai nama anaknya, Hafidz berkata, buat sementara waktu dia belum bersedia untuk berkongsi tetapi berjanji akan mengumumkannya kelak.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April tahun lalu selepas lima bulan bertunang. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top