Bukan Berita Online Biasa

"Dia Tidak Pernah Jadi Isteri Saya" - Hafiz

Hafiz Hamidun Beri Amaran Kepada Joy Revfa

in Artis/Utama & Sensasi

BELUM reda kes antara penyanyi, Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa apabila Hafiz memberi amaran agar Joy mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah (perpisahan sementara) difailkan wanita itu di mahkamah.

Kata Hafiz, 33, sikap sambil lewa Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, terhadap kes itu menyebabkan banyak masalah timbul sehingga mengelirukan keadaan.

“Sebenarnya kes ini boleh diselesaikan dengan cara baik tetapi dia memilih untuk memfailkan di mahkamah.

“Apabila dia pergi ke mahkamah dan buat sidang media jadi saya akur dan perlu ikut saluran undang-undang juga.

“Tetapi saya bagi amaran! Jangan main-main! Kejap kata nak selesai dengan baik, tiba-tiba failkan di mahkamah. Sekejap tidak mahu datang, tiba-tiba muncul.

“Satu sahaja saya minta daripadanya agar serius mengenai kes yang dia sendiri bawa ke mahkamah walaupun dia tegaskan pernikahan kami sah,” katanya kepada mStar Online.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan Joy terhadap Hafiz pada 18 Ogos lalu.

Peguam syarie, Aznir Suhaida Dolah yang mewakili Joy memaklumkan anak guamnya mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu iaitu Datuk Mohd Rayus Abdul Rahim di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.

Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria, menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia tidak pernah berasa menyesal dengan apa yang berlaku sebaliknya menggangap ia satu proses pembelajaran buatnya dan tauladan buat masyarakat.

“Tiada apa yang ingin saya malu atau kesalkan apabila perkahwinan kami menjadi buah mulut sebaliknya berasa positif dengan apa yang berlaku.

“Banyak yang saya belajar dan apa yang berlaku diharap juga dapat menjadi tauladan kepada orang lain,” katanya.

Sementara itu, Joy menegaskan bahawa perkahwinannya bersama Hafiz adalah sah dari sudut syarak.

Bagaimanapun, pengasas kosmetik ini memilih untuk berdiam diri tentang isu ini kerana mahu pihak mahkamah yang membuat keputusan.

“Tiada apa yang boleh saya katakan kerana kes pun sudah berjalan dan biarlah mahkamah menentukan segalanya.

“Tetapi saya tetap dengan pendirian bahawa perkahwinan kami adalah sah,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top