Bukan Berita Online Biasa

Hanez Suraya & Suami Bahagia, Mahu Tambah Anak

in Artis/Utama & Sensasi

MUNGKIN gara-gara episod hitam satu ketika dahulu sebelum berkahwin dengan suaminya kini, ramai yang seakan-akan ‘mendoakan’ keruntuhan rumahtangga pelakon Hanez Suraya.

Berkahwin pada tanggal 14 Mac 2015, Hanez dan suaminya Romie Razin Aidilha telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Putri Aleesya pada 29 Disember tahun yang sama.

Kebahagiaan yang dikecapi dilanda badai seketika apabila Hanez memfailkan perceraian terhadap suaminya awal tahun lalu. Namun begitu, pasangan ini kembali bersama dan dilihat amat bahagia hari ini.

Mungkin kerana itu, ramai yang tidak berpuas hati dengan Hanez dan Romie sehingga tergamak menabur fitnah mengatakan rumahtangga mereka sekali lagi sedang bergolak.

Tidak tahan lagi dengan tohmahan pihak-pihak tidak bertanggungjawab, Hanez meluahkan hal sebenar mengenai perkahwinannya.

“Saya pun tak faham kenapa ada pihak yang dengki dan suka buat cerita tak betul mengenai rumah tangga saya. Saya tak atif dalam industri pun tetap ada yang tak puas hati.

“Apa pun ingin dijelaskan saya dan suami bahagia. Kami okey saja dan tak ada apa yang berlaku. Malah kami dalam perancangan nak menambah anak kedua. Semoga ada rezeki ke arah itu,” kongsinya kepada Harian Metro

Selepas berita pergolakan rumahtangganya mendapat liputan meluas media tempatan, Hanez dan Romie berbaik semula dengan bercuti di Jepun sambil menyambut hari lahir anak mereka di sana.

Usaha pasangan ini untuk mempertahankan rumahtangga mereka memang wajar dipuji: bukan semua yang sanggup turunkan ego masing-masing demi anak-anak. Sabar jelah ya Hanez, mulut orang mana boleh ditutup! – MYNEWSHUB.CC

Loading...
Tags:

Terkini dari Artis

Go to Top