Bukan Berita Online Biasa

Hati-Hati! Sindiket Jual Muffin Raih Simpati

Hati-Hati! Sindiket Jual Muffin Raih Simpati

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

MASUK saja di medan selera atau restoran, tidak lama selepas itu mesti akan ada individu yang tak dikenali tiba-tiba sahaja datang untuk meminta sedekah atau menjual barang.

Itu situasi yang sering dialami rakyat Malaysia dan adakalanya boleh menimbulkan rasa kurang senang apatah lagi ketika sedang sibuk menjamu selera bersama keluarga atau rakan.

Dari meminta sedekah, jual barangan seperti tasbih, tisu dan kali ini pula semakin berleluasa ‘operasi’ penjualan kek cawan yang dipercayai dilakukan warga asing untuk meraih simpati.

Kejadian ini dikongsikan seorang pengguna Facebook, Zalina Yahaya yang menceritakan situasi dia dan keluarga dihampiri seorang budak muda yang meletakkan nota dan sekotak berisi coklat di atas meja.

Namun remaja tersebut berlalu pergi dan insiden aneh tersebut ujarnya berlaku di sebuah restoran di Seremban 2, Negeri Sembilan baru-baru ini.

“Dalam hati kata, bagus budak nie nak cari duit halal untuk tampung pengajian,” tulisnya.

Zalina bersama suaminya cuba bertanyakan soalan kepada remaja yang menjawab dalam loghat Filipina.

“Katanya belajar kursus maritime dari Zamboanga (dekat Mindanao, Filipina).

“Kami beli satu kotak sebab mula-mula ingat dia ‘genuine’, macam rupa pelajar kita,” katanya.

Pasangan suami isteri itu terkejut apabila remaja tersebut bergegas berlalu pergi selepas pembayaran dibuat dan sekali gus menimbulkan keraguan dalam diri mereka.

Menerusi ruangan komen netizen, ramai menganggap remaja tersebut adalah sebahagian daripada sindiket penipuan yang menggunakan taktik menjual kek cawan, coklat atau donut kepada pelanggan.

Kumpulan sindiket terancang ini akan menggunakan alasan konon untuk menampung pelajaran mereka di negara ini dan ada juga memberikan alasan membiayai pelajaran adik di kampung.

Modus operandi yang digunakan adalah meletakkan nota di atas meja pelanggan yang tertulis mereka hanya menjual makanan pencuci mulut itu dengan pelbagai alasan bagi meraih simpati.

Pelbagai pakej yang ditawarkan iaitu satu kotak yang mengandungi 5 hingga 6 coklat atau kek cawan dijual dengan harga RM10 atau pelanggan boleh membeli 3 kotak langsung pada harga RM25.

Timbul pula satu persoalan, iaitu bagaimana cara pembuatan makanan yang dihasilkan, sama ada ia halal atau sebaliknya.

Melihat kepada individu yang menjual makanan pencuci mulut ini, mereka bukannya warga tempatan berdasarkan loghat bahasa pertuturan iaitu seperti dari Filipina.

Perkongsian Zalina ini mendapat reaksi netizen yang turut berkongsi pengalaman sama apabila ‘hampiri’ individu menjual muffin tapi meragui alasan yang diberikan selain proses penghasilan kek tersebut.

“Rasanya ini taktik terbaru sindikit kot, gunakan warga asing jual pakej fancy donut/fancy muffin/cupcakes/cake ball/ facy cookies, letakkan pakej dan notes kat meja target, tengah berleluasa sekarang ni,” tulis Sharlina Alias.

“Rasa macam sindiket, baru-baru ini kan ada keluar FB kata deme nie sindiket yang dari gereja. Farra dah 2-3 kali kena kat kedai-kedai makan tapi tak berani beli then ragu-ragu halal ker tak,” tulis Farra Aziz.

Nampaknya taktik ni dah semakin berleluasa di beberapa negeri di Malaysia dan dengan hanya ‘bermodalkan’ alasan simpati untuk jual kek cawan, ‘peminta sedekah’ ni boleh dapat pulangan modal yang tinggi.

Malah pendapatan mereka dikatakan lebih banyak daripada orang yang kerja makan gaji.

Memang tidak salah nak bersedekah, tapi kalau boleh selidik dulu duit yang diberikan itu digunakan untuk sumber apa.

Kek cawan yang di jual itu betul ke daripada sumber bahan yang halal, jangan main redah hanya kerana kesian.

Adalah lebih baik bersedekah pada badan kebajikan yang berdaftar. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top