Bukan Berita Online Biasa

IG @tvalhijrah114: Momen Pertama Tunai Haji

IG @tvalhijrah114: Momen Pertama Tunai Haji

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

SYAFINAZ Yusuf terkedu menatap Kaabah. Setelah lapan hari berada di Madinah sejak tiba pada 3 Ogos lalu, kru TV AlHijrah memijak kaki ke Masjidil Haram pada 10 Ogos.

Rindu bertahun lama kini berada di depan mata!

Syafinaz Yusuf berkongsi momen indah di sisi Kaabah. Pada usia 30 tahun, peluang menunaikan haji satu nikmat Allah yang tidak terhingga.

IG @tvalhijrah114: Momen Pertama Tunai Haji
Hos TV AlHijrah, Syafinaz Yusuf dalam Momen Pesona di Masjidil Haram.

Sementara bagi Penyunting Visual, Muhammad Farid Affy Omar, pengalaman menunaikan Umrah pada hari pertama di Masjidil Haram sangat menyentuh perasaan.

Pada usia 28 tahun, peluang bersama tiga juta umat Islam menunaikan ibadah haji kali ini, menjadikan 1437 tahun terindah dalam kehidupan.

IG @tvalhijrah114: Momen Pertama Tunai Haji
Penyunting Visual, Mohammad Farid Affy Omar Tunaikan Umrah Pertama.

Bagi jurukamera, Mohd. Fauzi Salim, tiada yang lebih abadi untuk dirakamkan sepanjang kerjaya melainkan visual kemuliaan rumah Allah serta wajah-wajah tetamu yang terpilih tahun ini.

IG @tvalhijrah114: Momen Pertama Tunai Haji
Mohd. Fauzi Salim merakamkan Visual Kemuliaan Masjidil Haram.

Ikuti momen di Tanah Suci bersama lima kru TV AlHijrah di live Ibadah Musim Haji 1437 via Instagram @tvalhijrah114. – MYNEWSHUB.CC

IG @tvalhijrah114: Momen Pertama Tunai Haji
Tiga Tenaga Utama TV AlHijrah Liputan Musim Haji 1437.

IG @tvalhijrah114: Momen Pertama Tunai Haji

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top