Bukan Berita Online Biasa

Insiden Van Rempuh Pejalan Kaki Berulang Di London

in Utama & Sensasi

SEBUAH van merempuh sekumpulan pejalan kaki di kaki lima berdekatan Masjid Finsbury Park, London malam tadi.

Menurut laporan AP, polis berkata serangan itu berlaku sejurus selepas umat Islam meninggalkan masjid itu selepas menunaikan solat terawih.

Seorang lelaki yang memandu van terbabit berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis.

Menurut beberapa orang saksi, mangsa yang dirempuh merupakan umat Islam yang baru keluar daripada masjid berkenaan.

Beberapa jalan raya di kawasan terbabit ditutup sementara pihak polis memperketatkan kawalan di kawasan masjid berkenaan.

Kelihatan sebuah helikopter dan puluhan kereta polis berada di kawasan berkenaan, namun setakat ini tiada kenyataan rasmi berhubung perkembangan kejadian itu.

Sebelum ini serangan yang menggunakan modus operandi yang sama turut berlaku di London Bridge menyebabkan 48 cedera sementara 21 orang dilaporkan kritikal. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top