Bukan Berita Online Biasa

"Isa Lepas Jawatan Dengan Rela Hati" – PM

“Isa Lepas Jawatan Dengan Rela Hati” – PM

in Utama & Sensasi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelepasan jawatan oleh Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) adalah dengan rela hati.

Menurutnya, ia dinyatakan oleh Isa ketika pertemuan dengan beliau bersama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala di Bangunan Perdana Putra pagi tadi, lapor Berita Harian.

“Isa rela hati lepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV, tempatnya akan diganti Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai pemangku Pengerusi FGV yang baharu berkuat kuasa serta merta.

“Bagi menghargai peranan Tan Sri Isa dalam FGV, kita setuju lantik beliau sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa serta merta,” katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.

Selain itu Najib berkata, tindakan dalaman oleh Lembaga Pengarah FGV akan diambil bagi menentukan proses keadilan terhadap Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad dan tiga yang lain.

“Lembaga Pengarah FGV juga akan membuat keputusan yang mencerminkan hasrat kerajaan untuk meletakkan FGV lebih kukuh pada masa depan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top