Bukan Berita Online Biasa

Isu Hak Cipta Swafoto

Isu Hak Cipta Swafoto Monyet Senyum Diselesaikan

in Utama & Sensasi

AKHIRNYA penyelesaian berjaya dicapai berhubung hak cipta terhadap sekeping gambar yang memaparkan seekor monyet dikenali sebagai Naruto sedang berswafoto sambil tersenyum.

Naruto mengambil sendiri gambar swafoto berkenaan dengan menggunakan kamera milik seorang jurugambar, David Slater.

Pada 2015, pertubuhan People for the Ethical Treatment of Animals (Peta) telah mengemukakan saman bagi pihak monyet berkenaan untuk menuntut supaya kawalan kewangan dilakukan terhadap Slater berhubung gambar terbabit.

Dalam dalam penyelesaian yang dicapai itu, Slater bersetuju menderma sebanyak 25 peratus daripada pendapatan yang diperolehi hasil penggunaan gambar swafoto monyet itu untuk tujuan kebajikan di Indonesia.

Mengikut keputusan mahkamah sebelum ini, kes berkenaan telah digugurkan kerana binatang tidak boleh memiliki hak cipta.

Peguam Slater, Andrew J Dhuey bagaimanapun enggan mengulas berapa banyak wang yang diperolehi oleh Slater hasil penggunaan gambar Naruto dan sama ada Slater akan menyimpan semua 75 peratus daripada pendapatannya pada masa depan.

Peguam Slater sebelum ini menegaskan bahawa syarikat Slater, Wildlife Personalities Ltd, memiliki hak komersial ke atas gambar Naruto. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top