Bukan Berita Online Biasa

Janin Keras Macam Batu Dalam Perut

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

PAKAR perubatan di India telah dikejutkan dengan satu penemuan perubatan, di mana seorang wanita telah `mengandung’ janin di dalam rahimnya selama 15 tahun.

Wanita berusia 52 tahun itu yang tidak didedahkan namanya, telah menggugurkan kandungannya ketika itu selepas keluarganya tidak mahu dia mengandung lagi.

Ketika itu pakar sakit puan yang merawatnya meyakinkan wanita tersebut bahawa bayi dalam kandungan berkenaan telah berjaya dibuang.

Namun sejak beberapa tahun ini, dia mengalami sakit di bahagian perut dan selepas bertemu dengan beberapa doktor, dia hanya diberikan ubat penahan sakit sahaja.

Dan sejak tiga tahun lalu, dia mula muntah. Hanya selepas bertemu dengan pakar barulah dia dimaklumkan mengenai penemuan mengejutkan itu.

Pembedahan selama dua jam itu berjaya membuang bayi yang keras seperti batu itu.

Wanita tersebut berasal dari Nagpur, di Maharashtra. Penemuan itu nyata mengejutkan pasukan perubatan.

“Kami telah membuang bayi batu itu dari perut wanita terbabit dan ususnya sepanjang empat kaki turut dibuang,’’ kata doktor.

Wanita itu telah dibenarkan balik ke rumah dan dia telah sembuh sepenuhnya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...
Tags:

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top