Bukan Berita Online Biasa

"Janji Itu Hutang, Saya Akan Potong Payudara Saya"

“Janji Itu Hutang, Saya Akan Potong Payudara Saya”

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SEMALAM seorang wanita ‘berikrar’ akan memotong payu daranya jika pasangan Anies Baswedan – Sandiaga Uno berjaya mengalahkan regu Ahok – Djarot dalam pemilihan Gabenor Jakarta 2017.

Maka, Pilihan Raya Umum Daerah (Pilkada) pusingan kedua itu pun berlangsunglah pada Rabu lalu dan ternyata calon Anies – Sandiaga berjaya mengatasi pasangan pilihan, Ahok-Djarot dengan peratusan yang tinggi.

Justeru, pengguna laman sosial khususnya di Indonesia segera mengingatkan wanita terbabit bahawa dia sudah pun berjanji untuk memotong payudaranya jika regu penyandang jawatan itu kalah kepada calon lain.

Kaitan: “Potong Payudara Saya Jika Ahok Kalah”

Tidak lama kemudian, muncul satu klip video baharu memaparkan seolah-olah wanita yang sama dilihat berada di sebuah hospital dalam keadaan bersedia menunggu giliran untuk bertemu doktor.

Namun apa yang menyentuh perasaan ramai netizen apabila menerusi rakaman video itu dia mengakui, memang mahu membuang buah dadanya kerana menghidap kanser peringkat kritikal.

Rupa-rupanya wanita yang berhasrat benar melakukan ‘cabaran’ itu sebenarnya merupakan seorang pesakit kanser payudara tahap empat dan sudah bersedia untuk menjalani pembedahan bagi membuang buah dada.

Menurutnya lagi, dia sudah lama merancang untuk membuat hebahan mengenai hasratnya itu lagi-lagi bersempena dengan hari pembuangan undi pada Pilkada kali ini.

“Hai pak Linlung (Abraham Lunggana), janji itu adalah hutang, akan aku penuhi. Saya akan potong payudara saya sesuai dengan janji saya,” katanya melalui klip video tular berkenaan.

Dia yang jelas salah seorang daripada penyokong Ahok berkata, sebenarnya jika tokoh popular itu menang mengatasi Anies pun, dia tetap akan menjalankan pembedahan itu.

Wanita terbabit juga menunjukkan nama doktor yang akan ditemuinya di hospital berkenaan, iaitu Dr. Djoko Dlidir.

Beberapa hari lalu, wanita terbabit berjaya menarik perhatian ramai apabila memuat naik rakaman videonya sebagai membalas hasrat Linlung untuk memotong cuping telinga jika regu Anies menang pada Pilkada itu.

“Seandainya Anies – Sandi esok menang, saya rela potong payudara saya. Saya berani potong payudara saya, potong susu saya kalau Anies – Sandi menang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top