Bukan Berita Online Biasa

Jenazah Pelajar Tahfiz Ditemui Di Tingkat Dua

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Seramai 22 orang pelajar tahfiz dan dua orang warden dilaporkan terkorban dalam insiden kebakaran di pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dekat Bukit Keramat pada pukul 5:45 pagi tadi.

Manakala enam orang pelajar yang lain dikatakan dalam keadaan kritikal dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, anggota bomba yang bergegeas ke tempat kejadian berjaya menyelamatkan seramai 14 orang pelajar manakala empat orang guru yang lain telah berjaya menyelamatkan diri.

“Kesemua 24 orang mangsa telah ditemui di tingkat dua bangunan sekolah itu.

“Ini adalah kiraan badan semasa dan kami masih mengesahkan jumlah mayat yang meninggal dunia ketika ditemui,” kata Amar ketika ditemui oleh pemberita NST di tempat kejadian.

Beliau juga menambah bahawa hanya ada satu sahaja pintu masuk ke sekolah tersebut dan punca kebakaran masih lagi disiasat.

Jumlah penghuni sekolah tahfiz ini ialah seramai 36 orang pelajar. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top