Bukan Berita Online Biasa

Joy Berang Didakwa Jadi Punca Retak Rumah Tangga

in Artis/Utama & Sensasi

SEJAK semalam banyak media yang melaporkan kisah rumah tangga pasangan, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa yang kini dikatakan sedang dilanda tiupan angin kencang.

Perkara ini dikuatkan lagi apabila dilihat kedua-dua pasangan ini kini tidak lagi berkongsi gambar mesra bersama di akaun Instagram masing-masing.

Terbaharu, apa yang lagi menghangatkan keadaan apabila Joy teruk dikecam orang ramai di mana rata-rata antara mereka mendakwa dia adalah punca kepada keretakan mahligainya itu.

Keadaan ini bermula apabila Joy dilihat memuat naik satu gambar bersama anaknya di akaun Instagram dengan menulis caption yang berbunyi:

“Saya mahu lebih fokus melindungi & menjaga amanah Allah swt ini @ArryanFirdaus . Doakan kami berdua.. #alhamdulillah #hikmahterindah”.

Entri tersebut yang mendapat lebih daripada 7,000 likes itu secara tidak langsung mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen dan mereka beranggapan tindakannya itu adalah tidak patut sama sekali.

“Kecoh di fb pasal rumah tangga sis @joyrevfa… baca pun sedih… delete la sis mana-mana caption ‘hint’ sis ada masalah dalam rumahtangga… selesailah cara baik… Suami public figure satu Malaysia… malu,” komen irmarahayu_rb.

“Perihal rumah tangga sebaiknya jangan dibuka ke public, apalagi kalau hal tu belum pasti. Jagalah maruah kamu maruah suami aib suami kamu.

“Kalau ada rajuk sekejap biarlah kamu laki bini yang tahu jangan satu dunia pun mesti tahu. Hal rumah tangga tutuplah ia bagai aurat kamu sendiri…#sekedarnasihat,” ujar h3llokitty3.

Isteri kepada pemenang tempat kelima Gema Gegar Vaganza ini namun berang terhadap dakwaan tersebut dan menyifatkan ia adalah fitnah terhadap dirinya.

Walau bagaimanapun, Joy dilihat tidak hanya mendiamkan diri sebaliknya membalas komen berikut.

“Ada bukti saya melawan kata-katanya? Jangan fitnah sesuka hati ya…,” balas Joy di laman komen.

Terdahulu, terdapat sebuah media tempatan yang melaporkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Joy, menceritakan sendiri apa yang dilalui oleh pasangan ini.

BACA : Joy Revfa Impi Keluarga Bahagia Namun Apa Daya…

Hafiz pula dilihat tidak mahu memberi sebarang komen atas apa yang sedang berlaku.

Semoga urusan pergolakan pasangan ini cepat menemui jalan penyelesaian la ya! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top