Bukan Berita Online Biasa

Joy Revfa Impi Keluarga Bahagia Namun Apa Daya…

in Artis/Utama & Sensasi

‘Rumahku Syurgaku’ adalah satu ungkapan bermakna yang menunjukkan betapa penting setiap ahli keluarga untuk memainkan peranan masing-masing dalam mewujudkan sebuah ‘syurga’ indah.

Lazimnya sudah menjadi lumrah bagi semua makhluk ciptaan Tuhan mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia penuh dengan nilai toleransi, bertimbang rasa, kasih sayang dan kejujuran.

Itulah apa yang diimpikan oleh usahawan kosmetik, Joy Revfa yang baru sahaja diijab kabul dengan suaminya, Hafiz Hamidun pada 1 Mei lalu namun, kini mahligainya sedang rapuh ditiup angin kencang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Joy baru-baru ini dipetik salah sebuah media tempatan telah menceritakan apa yang sedang pasangan ini lalui buat masa ini.

“Saya tidak mahu komen panjang. Ramai yang sudah tanya (berkenaan masalah rumah tangga). Kalau nak cakap mengenai bahagia, semua orang inginkan kebahagiaan.

“Cuma kerjaya masing masing membuatkan kami terlalu sibuk,” kata Joy yang dipetik sebuah portal tempatan.

Tambahnya lagi, dia mengakui sememangnya mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia tetapi apakan daya pergolakan yang melanda itu menimbulkan tanda tanya status sebenar rumah tangga pasangan ini.

“Saya mahukan keluarga bahagia, tetapi apakan daya,” luahnya.

Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula dihidu apabila Joy yang sebelum ini dilihat memuat naik satu video lagu Despacito yang dinyanyikan semula oleh beberapa artis wanita dalam bahasa Melayu di laman Instagram.

Menerusi video tersebut terselit bibit lirik yang berbunyi, “Ku keliru, jujur aku katakan aku keliru, sejak pertama kali kita bertemu, ku fikir ku tahu apa yang ku mahu”.

Selain itu, pergolakan itu turut dapat dikesan berikutan satu status yang meminta Joy untuk bersabar daripada berterusan terburu dan keliru.

Sementara itu, Hafiz Hamidun menerusi laporan sebuah media tempatan dilihat enggan memberi sebarang komen lebih lanjut berkaitan isu ini.

“Kalau nak komen lebih lanjut, nanti dulu. Buat masa sekarang jangan terlalu cepat buat andaian,” jelas Hafiz.

Apa-apapun semoga badai yang melanda mahligai pasangan ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan dipermudahkan semua urusan. Insya Allah.

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top