Bukan Berita Online Biasa

Hafiz Hamidun Fail Permohonan Cerai Terhadap Isteri

Joy Sering Ingkar, Hafiz Fail Permohonan Cerai

in Artis/Utama & Sensasi

KONTROVERSI rumah tangga antara penyanyi, Hafiz Hamidun dan personaliti media sosial, Joy Revfa yang dikatakan bergolak nampaknya masih belum reda.

Masalah perhubungan antara mereka jelas semakin tegang apabila masing-masing cuba untuk memberitahu sesuatu.

Bagaimanapun, isu ini mula memasuki episod baru apabila Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Hamidun memfailkan permohonan cerai terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, hari ini.

Permohonan berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 melalui peguamnya, Zulkifli Yong Azmi sekitar pukul 1 petang tadi.

Menurut sumber, permohonan cerai itu dibuat disebabkan beberapa perkara antaranya tiada lagi persefahaman yang wujud antara mereka bagi meneruskan perkahwinan.

Selain itu, Hafiz turut mendakwa wanita itu sering melawan dan mengingkari segala nasihat termasuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

Tambahnya lagi, selepas nikah Joy sering kali menyusahkan dirinya kerana gagal memberi sijil cerai dengan bekas suami yang menyebabkan status perceraian itu diselesaikan pada 10 Oktober lalu.

“Joy juga sering kali menyusahkan saya selepas nikah kerana dia masih gagal menyelesaikan isu berkaitan perkahwinan terdahulu yang mana status penceraian mereka itu hanya dapat diselesaikan pada 10 Oktober lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Joy sekiranya wanita itu masih mengeluarkan kenyataan negatif berkaitan dirinya kepada orang ramai.

Mahkamah telah menetapkan 25 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula untuk pendengaran bagi kes berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top