Bukan Berita Online Biasa

Bintang Seksi Indonesia Jupe Kini Di Ambang Maut

Julia Perez Masih Melawan Barah Serviks

in Artis/Utama & Sensasi

SEPERTI mengharapkan kematian seseorang pula.

Pengurus Jupe atau Julia Perez, Diana, menafikan spekulasi penyanyi dangdut itu sudah meninggal dunia malam tadi, disebabkan serangan kanser pangkal rahim tahap empat.

Katanya, walaupun kesihatan Jupe semakin merosot, dia tetap kuat melawan penyakit terbabit, namun malam tadi keadaannya agak membimbangkan kerana diserang demam panas.

Menurut Diana lagi, suhu badan artis berkenaan hari ini sudah turun dan doktor di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta, meminta supaya aktres seksi itu dibiarkan tidur serta tidak diganggu pelawat.

“Dia baik-baik saja. Doakan semoga Jupe segera sembuh. Sekarang dia masih tidur,” katanya kepada media yang menunggu di hospital.

Ini bukanlah kali pertama bintang sensasi Indonesia itu dikhabarkan sudah meninggal dunia.

Terdahulu, penyanyi Belah Duren itu mengumumkan mengenai penyakitnya pada September 2014 sebelum berulang alik ke Singapura menjalani rawatan selama tiga bulan.

Bagi membiayai kos perubatan dan berulang alik ke Kota Singa, pemilik nama sebenar Yulia Rachmawati, 37, itu kemudian menjual sebuah kediamannya serta kereta miliknya.

Biarpun selepas itu beliau memaklumkan kepada keluarga, dirinya sudah bebas kanser, pertengahan tahun lalu Jupe kembali ke dimasukkan ke dalam wad apabila beliau dilaporkan mengalami masalah dalaman selain bengkak kaki.

Sebelum ini, ketika memilih imej botak, beliau menyatakan ia sebagai tanda solidariti terhadap pesakit kanser lain.

Minggu lalu, ketika teman seangkatan menganjurkan malam Peduli Jupe bagi tujuan pengumpulan dana, penyanyi terbabit memilih mendermakan wang yang diterimanya kepada pesakit lain yang lebih memerlukan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top