Bukan Berita Online Biasa

Jurusolek Kena ‘Tembak’ Di Set Penggambaran Drama

in Artis/Utama & Sensasi

SEMALAM, tular menerusi media sosial apabila seorang jurusolek yang melatah ‘ditembak’ lebih dua kali selepas mendengar beberapa kali bunyi das tembakan dekat padang sasar.

Jangan risau, tak ada sesiapa pun yang terkorban di situ iaitu satu lokasi set pengambaraan sebuah drama…Video lucu itu boleh didapati dalam semua laman sosial. Taip sahaja kata kuncinya, pasti akan terkeluar video tersebut.

Biasanya kalau kita tengok orang melatah, dia mesti akan mencarut atau mengeluarkan kata-kata kesat kan. Tapi ni lain pula apabila jurusolek yang dikenali sebagai Mansur ini melatah.

Dia kelihatan telah ‘tumbang’ setiap kali dia mendengar bunyi das tembakan di padang sasar tu. Bukan setakat dengar je, dia tengah nak cuba menembak pun boleh melatah juga.

Difahamkan ketika itu krew produkti Dark Wave sedang menjalankan pengambaran bagi drama Mr. Delicious yang akan disiarkan di saluran Hypp TV.

Ieda Moin, yang juga merupakan salah seorang pelakon sering melatah juga ada dekat set pengambarana tersebut.

Apa yang lebh melucukan ialah apabila dia ‘mati ditembak’, orang di sekelilingnya akan menyelamatkan dia dan segera menyedarkannya semula.

Ramai netizen yang turut terhibur dengan video tersebut. Walaupun sebenarnya melatah ini penat kalau korang nak tahu.

Kesian sebenarnya kalau tengok orang yang melatah, tambah lagi bila kawan-kawan mengusik, lagi kuat latahnya tu. Kadang-kadang, orang yang melatah itu boleh mencederakan orang di sekelilingnya tanpa disedarinya.

Jadi, jangan nak suka sangat kacau orang latah… Sekali sekala nak kacau tu takpe, tapi tengok keadaan sekeliling, bahaya atau tak kalau nak kacau orang latah ni.

Buatnya dia tengah pegang pisau, awak kacau dia pula, haaa mendapat lah kejadian berdarah dekat situ. –MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top