Bukan Berita Online Biasa

Kaka Azraff Mahu Fokus Nyanyian, Tak Minat Niaga

Kaka Azraff Mahu Fokus Nyanyian, Tak Minat Niaga

in Artis/Utama & Sensasi

WALAUPUN ramai artis yang ceburi bidang perniagaan bagi menambah pendapatan, penyanyi Kaka Azraff pula memberitahu dia tidak berminat untuk memulakan sebarang perniagaan.

Menurut Kaka, 27, fokus dan keutamaannya buat masa ini ialah nyanyian kerana masih banyak perkara yang belum dicapainya sebagai seorang penyanyi dalam industri seni.

“Jika saya, saya memang tidak berminat untuk menceburi bidang perniagaan seperti artis yang lain kerana ia memerlukan perhatian yang sangat tinggi.

“Buat masa ini, saya tidak mempunyai perancangan untuk kearah itu kerana fokus saya kepada cinta pertama saya iaitu muzik dan nyayian,” kata Kaka.

Jelas Kaka, minat dan visinya terhadap nyanyian sangat tinggi dan dia bercita-cita untuk membina empayarnya sendiri satu hari nanti.

Dalam pada itu, Kaka juga berkata, dia mahu merialisasikan impiannya untuk tampil dengan sebuah album penuh selepas hanya menghasilkan single.

“Perhatian saya kini adalah hasilkan album, mengadakan konsert dan berkolaborasi dengan lebih ramai penyanyi-penyanyi selain membawa karier nyanyian saya ke tahap lebih tinggi.

“Dengan situasi industri sekarang, saya akui ia bukan perkara yang mudah mudah tetapi itu bukan halangan malah saya perlu sentiasa positif dan mengambil ia sebagai cabaran,” ujarnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top