Bukan Berita Online Biasa

Kastam Bakal Ambil Tindakan Ke Atas Penyebar Fitnah GST

in Jenayah/Utama & Sensasi

KOTA TINGGI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengambil tindakan terhadap penyebar fitnah dan berita palsu mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Ini termasuk bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tujuan tersebut, kata Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Subromaniam Tholasy.

Beliau berkata langkah berkenaan bagi membendung pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan sesetengah pihak terhadap GST sejak kebelakangan ini.

“Saya sedih apabila kadang-kadang dapat WhatsApp daripada kawan-kawan, kita baca dan tahu berita tidak betul. Generasi muda pula mudah percaya. Jadi, memang patutlah ada pihak siasat.

“Dan saya rasa janganlah anggap semua rakyat bodoh. Memang ada sebahagian yang percaya tetapi kita boleh mengambil tindakan ‘pembetulan’,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Baca: Tun M Bodoh Rakyat, Mahu SST 20% Mansuh GST 6%

Beliau sebelum itu merasmikan Pejabat GST Kota Tinggi bagi memberi kemudahan kepada lebih 4,000 buah syarikat setempat yang berdaftar dalam sistem cukai terbabit.

Terdahulu, dalam ucapannya, Subromaniam meminta supaya ahli-ahli politik tempatan supaya tidak menggunakan isu GST sebagai bahan kempen untuk menjatuhkan pihak kerajaan.

Kata beliau lagi, GST yang terbukti memberi kesan positif kepada ekonomi terutama dari segi daya saing Malaysia, malahan ia telah berjaya dilaksanakan di beberapa buah negara.

“Setakat ini, tidak ada mana-mana negara lagi yang kemudian kembali kepada sistem percukaian asal selepas melaksanakan GST.

“Jadi, usahlah rakyat terperdaya dengan cerita karut konon ia boleh diganti dan sebagainya. Ia sangat mustahil dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Jenayah

Go to Top