Bukan Berita Online Biasa

Kempen Bubur Lambuk Go Global Kembali

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

KEMPEN Bubur Lambuk kembali dengan taglines Rapatkan Saf. Kali ini sehari lebih awal menjelang Ramadan sebagai simbolik meraikan Marhaban Ya Ramadan.

Kempen Bubur Lambuk Go Global Kembali

Kempen Bubur Lambuk Go Global Kembali

Kempen Bubur Lambuk Go Global Kembali

10 trak bubur lambuk TV AlHijrah akan berada di seluruh negara dalam kempen mengedarkan 60 ribu pek sajian, sepanjang Ramadan kali ini.

Majlis pelancaran konvoi trak bubur lambuk ini dilepaskan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar, di ABS Cyberjaya pada 11.30 pagi tadi.

Manakala agihan dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, selepas solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya.

1,500 pek bubur lambuk diedarkan kepada jemaah solat Jumaat.

“Kami kembali buat tahun kedua selepas memperkenalkan jenama bubur lambuk pada tahun lalu,” kata Izelan.

Selain 55 destinasi tempatan jenama bubur lambuk TV AlHijrah juga akan menuju kempen antarabangsa dengan pengedaran di kota London, Berlin, Istanbul, Johannesberg, Kerala, Beirut dan Singapura.

“Kami Go Global bagi meraikan salam ukhwah Rapatkan Saf di Eropah, Afrika, Asia Barat dan jiran terdekat, Singapura,” jelas Izelan.

Antara penaja utama program ialah ialah Giant Malaysia, UEM dan Pak Tam Cafe. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top