Bukan Berita Online Biasa

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Talk

Kes Tahfiz Terbakar: Mufti Seru Umat Islam Berdoa

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – “Berdoalah kepada mangsa kebakaran sebagaimana yang diajarkan.”

عَظَّم الله أجرك ، وأحسن عزاءك ، وغفر لميتك ، وألهمك صبراً ، وأجزل لنا ولك بالصبر أجرا

Demikian permintaan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kepada rakyat Malaysia beragama Islam berikutan insiden kebakaran yang mengorbankan lebih 20 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah awal pagi ini.

Doa itu bermaksud: “Semoga Allah memberikan pahala besar untukmu, menguatkan ketabahanmu, mengampuni orang yang meninggalkanmu, mengilhamkan kepadamu kesabaran dan mencurahkan pahala kepada kami dan engkau dengan sebab kesabaran.”

Mufti Wilayah Persekutuan turut menyeru umat Islam membacakan doa berikut:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Kita milik Allah semata dan sesungguhnya hanya kepada-Nya semata kita kembali. (QS. Al-Baqarah [2]: 156). Ya Allah berilah aku pahala dalam musibah yang menimpaku, dan berilah aku ganti yang lebih baik daripada musibah yang telah menimpa.” (HR. Muslim, no, 918)

Beliau seterusnya menasihati umat Islam membacakan doa berikut:

الحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا

Maksudnya: “Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari musibah yang menimpamu dan memuliakanku dari makhluk lainnya dengan sebenar-benar kemuliaan.”

Zulkifli berkata, pihaknya mendoakan semoga keluarga mangsa kebakaran tabah dan bersabar atas musibah yang menimpa dan semoga mangsa-mangsa kebakaran termasuk dalam golongan syuhada’ sebagaimana hadis Nabi Muhammad S.A.W:

“Orang yang mati syahid yang selain terbunuh di jalan Allah 7 orang iaitu korban wabak adalah syahid; mati tenggelam (ketika melakukan safar dalam rangka ketaatan) adalah syahid; yang punya luka pada lambung lalu mati, matinya adalah syahid; mati kerana penyakit perut adalah syahid; korban kebakaran adalah syahid; yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid; dan seorang wanita yang meninggal ketika melahirkan anak adalah syahid.” (HR. Abu Daud, no. 3111.)

Tambah beliau: “Saat menghadapi musibah, doa merupakan senjata utama seorang hamba. Melalui doa, seorang hamba berpasrah diri kepada Allah, bersimpuh di hadapan-Nya dan mengharapkan pertolongan-Nya semata.” – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top