Bukan Berita Online Biasa

Kini Berhijab, Liyana Jasmay Berdoa Terus Istiqamah

in Artis/Utama & Sensasi

ALHAMDULILLAH! Aktres popular Liyana Jasmay mengesahkan dia kini sudah meninggalkan imej dahulu dengan mengenakan hijab sepenuhnya.

Semalam, Liayan telah mencetuskan tanda tanya peminatnya apabila memuat naik gambarnya bertudung di Instagram.

Kata Liyana, 29, semalam sebenarnya adalah hari pertama dia bertudung dan berdoa semoga dia istiqamah menutup aurat dengan sempurna.

candid 📸 by @sofealeiyana

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

“Saya sebenarnya segan nak bercerita, tetapi disebabkan ramai bertanya jadi tak salah jika saya berkongsi.

“Ibu saya juga berpesan agar perlahan-lahan dalam perjalanan baru ini dan menjadi diri sendiri walau dalam apa jua situasi.

“Apa pun saya bersyukur dengan penghijrahan ini. Saya berdoa semoga terus diberikan ketetapan hati,” katanya kepada Harian Metro.

Liyana yang juga penyanyi lagu Oh Na Na menjelaskan keputusannya itu bukan atas paksaan atau desakan mana-mana pihak.

Liyana juga berkata, penghijrahannya itu bukan penghalang untuknya terus aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian.

Dalam pada itu, penghijrahan Liyana turut dipuji netizen yang rata-ratanya mengatakan kecantikan semulajadi ibu dua cahaya mata ini semakin menyerlah setelah bertudung.-MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top