Bukan Berita Online Biasa

KJ Antara 400 Atlet Lulus Ujian Doping Sukan SEA 2017

KJ Antara 400 Atlet Lulus Ujian Doping Sukan SEA 2017

in Sukan/Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin antara 400 atlet negara yang berjaya lulus ujian doping sempena Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, pada bulan depan.

Berita gembira tersebut turut disahkan sendiri oleh Penolong Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar ketika dihubungi media tempatan di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak ADAMAS bahkan berasa lega apabila program kesedaran yang dijalankan sejak tahun lalu demi memastikan atlet tempatan bebas gajala dadah semakin mula membuahkan hasil.

Buktinya ujar Nishel, tiada seorangpun atlet negara didapati positif doping sejak Januari lalu termasuk mereka yang berstatus kenamaan seperti Khairy, 41, yang juga Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Temasya dwitahunan itu bakal berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos depan. Pada Sukan SEA itu yang merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah, Khairy akan terlibat dalam acara polo.

Beliau malahan pernah aktif mewakili pasukan Jogo Polo ketika menyertai Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 menentang pasukan Amax Polo di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini.

Sukan berkuda itu turut diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dan dipertandingkan semula selepas kali terakhir pada Sukan SEA 2007 di Korat, Thailand. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Sukan

Harry Kane

Nilai Harry Kane RM562 Juta?

PENGURUS Chelsea, Antonio Conte mendedahkan bahawa sekiranya beliau boleh membeli mana-mana penyerang
Go to Top