Bukan Berita Online Biasa

Konsert Rapatkan Saf Maal Hijrah Cari 10 Penaja Suara Keamanan

Konsert Rapatkan Saf Maal Hijrah Cari 10 Penaja

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

DEMI menghidupkan seruan Rapatkan Saf sesama umat Islam dalam menyeru dunia kembali kepada keamanan, TV AlHijrah akan mempelopori Konsert Rapatkan Saf Keamanan sempena sambutan Maal Hijrah 1438 pada 2 Oktober ini.

Konsert Islami tanda solidariti umat Islam itu akan menyatukan persembahan artis Muslim dari 10 negara ASEAN dalam konsert selama dua jam yang akan dipancarkan serentak secara percuma bagi siaran semua stesen dan saluran televisyen tempatan.

“Konsert artis Muslim dari negara ASEAN ini akan bersiaran selama dua jam mulai 9.00 malam dengan persembahan yang sepaksi, mengenai pentingnya suara keamanan dalam Islam,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Izelan Basar.

Dunia Islam, kata Izelan harus menjadikan tahun Hijrah 1438 sebagai tahun mempromosi idea keamanan dalam Islam sebagai jawapan kepada dunia yang sedang berdepan dengan Islamophobia.

20 artis dari sepuluh negara ASEAN akan bersatu. Antara artis yang dijangka menyertai konsert ini termasuk Opick dari Indonesia serta Ramli Sarip dari Singapura.

“Kami tawarkan secara percuma pada semua stesen TV untuk menyiarkan konsert ini serentak secara siaran langsung. Ini simbolik solidariti ummah di negara ini dalam mempromosi keamanan,” kata Izelan.

Konsert itu akan dipancarkan secara langsung dari Studio ABS di Cyberjaya.

“Kami juga memenuhi janji kami untuk menjadikan Cyberjaya sebagai spot u antarabangsa dalam navigasi industri penyiaran,” kata Izelan.

Istimewa untuk turut menyumbang kepada solidariti, TV AlHijrah kini mencari sepuluh rakan penaja untuk ikut serta dengan nilai tajaan antara RM30 ribu hingga RM50 ribu.

“Sekali lagi suara keamanan menjadi milik semua. Rakan kolobirasi diraikan di kalangan usahawa produk jenama Islam,” kata Izelan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top