Kucing Buta Dan Pekak, Tapi Pandai Jaga Diri

Kucing Buta Dan Pekak, Tapi Pandai Jaga Diri

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

SETIAP ciptaan Allah S.W.T ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Haiwan juga tergolong daripada golongan yang mempunyai kekurangan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Fie telah membuat thread tentang kucing peliharaan keluarganya yang gemuk, pekak dan buta!

Bagaimanapun apa yang lagi menarik, si mamalia comel ni sebenarnya buta, tapi pandai jaga diri sendiri.

Si comel yang diberi nama Siti Nur Ozzie ini dilahirkan dengan normal macam kucing lain, cuma dia jadi buta dan pekak apabila dia diserang penyakit. Sebab penyakit tu lah, Ozzie jadi buta dan deria pendengarannya mulai hilang.

Hidupnya sama saja seperti kucing yang lain. Cuma pergerakannya terbatas kerana dia sering terlanggar dinding atau terjatuh ke dalam longkang kerana tidak dapat melihat.

Fie telah berkongsi kelincahan Ozzie di akaun Twitter miliknya. Ramai netizen yang terhibur dengan aksi comel Ozzie yang dikatakan obesiti sebab suka sangat makan grill chicken butter!

Amboi dia, macam manusia pulak makan macam tu ya.

Sebabkan Ozzie buta, dia akan menggunakan deria baunya untuk mengesan tempat makanan serta tandasnya. Tandas Ozzie terletak dekat luar rumah dan kalau dia tak jumpa jalan ke luar rumah, dia akan tahan berak atau kencing. Bijak sungguh Ozzie ni!

Jadi sebabkan asyik makan ayam je, Ozzie dikatakan telah menjadi obesiti! Sebab tu lah Fie mengambil keputusan untuk menjaga pemakannanya dan cuba untuk buat Ozzie ‘diet’.

Ozzie pernah merajuk sebab tak diberi makan makanan kegemarannya tu… Tahu apa dia buat? Dia cuba untuk bunuh diri dari tingkat tiga! Amboi dia ni. Pandai main ugut pulak ya.

Sejak Fie berkongsi tentang kisah Ozzie, followers dekat Instagram Ozzie pun makin bertambah! Ramai juga netizen yang retweet tweet Fie tu.

Ada juga yang memberi pujian kepada Fie dan keluarga kerana sanggup menjaga kucing yang kurang upaya itu hingga dia gemuk macam tu!

Jangan ingat Ozzie ni tak ada kawan baik… Tapi kawan baiknya tu bukan kucing hidup, sebaliknya anak patung kucing. Kucing yang lain rasa takut untuk berkawan dengan Ozzie, tapi nasib baik Ozzie jenis tak kecil hati.

Jadi anak patung kucingnya tu dinamakan Ozza!

Itu lah orang cakap, kalau kita berbaik pada haiwan, banyak pahala yang akan kita dapat. Dalam rezeki kita yang banyak tu, pasti akan ada rezeki haiwan lain.

Mudah-mudahan lebih ramai lagi orang di luar sana yang baik hati seperti Fie dan keluarganya yang sudi menjaga haiwan comel ini walaupun ianya tak sempurna. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...