Bukan Berita Online Biasa

Lagi Bangkai Dugong Ditemui Terdampar Di Mersing

in Jenayah/Utama & Sensasi

JOHOR BAHRU – Seekor dugong ditemukan mati terdampar di sebuah kawasan perkampungan di Pulau Tinggi, Mersing, petang semalam.

Pengerusi Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dalam kenyataan di sini hari ini berkata bangkai mamalia itu dijumpai orang awam pada 5 petang.

Ia dihantar ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mersing untuk bedah siasat oleh Jabatan Veterinar Johor dan pegawai penyelidikan mamalia marin dari Pusat Penyelidikan Perikanan Rantau Abang, Terengganu.

“Butiran sebab kematian belum diterima tetapi kewujudan dugong di negeri ini memang sudah lama. Itu sebab kita hendak lindungi (dugong) dengan menjadikan kawasan itu sebagai santuari dugong,” katanya.

Ini bukan kali pertama dugong ditemukan terdampar di Johor. Pada 2015, seekor dugong terdampar di Pulau Sibu diikuti dua ekor dugong masing-masing di Kuala Sedili dan sekali lagi di Pulau Sibu, tahun lepas. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Jenayah

Go to Top