Bukan Berita Online Biasa

Larinya Seorang Penerima Anugerah Nobel Keamanan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

DUNIA mengagumi hingga 1991, wanita yang meringkuk dipenjarakan Junta Tentera dan tahanan rumah ini, dinobatkan sebagai Penerima Anugerah Nobel Keamanan.

Satu status yang menjadikan Aung San Suu Kyi ikon wanita demokrasi dunia. Pada 2012, Suu Kyi menang pilihan raya umum pertama.

Walaupun dikhianati Perlembagaan Tentera yang halang rakyat Myanmar yang berkahwin dengan orang asing menjadi Presiden, Suu Kyi tetap menjadi De Facto politik negara itu apabila dilantik sebagai Kaunselor pada 2016.

Tahun lalu, Suu Kyi muncul berucap di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) buat pertama kali. Namun tahun ini, dua minggu menjelang mesyuarat UNGA hujung bulan ini, Suu Kyi memgumunkan keputusan tidak akan hadir.

Ketakutan Suu Kyi jelas: Kalau hadir dia akan menjadi mangsa belasahan ucapan berapi-api ketua negara-negara Islam. Turki akan mengetuai suara kemarahan umat Islam dan tentu akan disusul secara lantang oleh Malaysia dan Indonesia, sekutunya dalam Asean.

Suu Kyi tidak berani menerima realiti ini. Apatah lagi ketika CNN tanpa had melobi habis-habisan dengan menjadikan laporan isu kekejaman Kerajaan Myanmar sebagai agenda utama berita menjelang Persidangan UNGA.

Pembatalan kehadiran Suu Kyi disahkan Ketua Pengarah Pejabat Presiden, U Zaw Htay di Naypyidaw. Tiada alasan dinyatakan. Hanya kejutan dan boleh dikaitkan dengan ketakutan Kaunselor itu untuk mendepani kritikan dunia.

Walaupun China menyatakan sokongan sebelah kaki terhadap Myanmar, manakala Great Britain, Perancis, AS dan Rusia masih belum menyatakan pendirian, Suu Kyi tahu, tidak akan ada khabar baik dari Blok Barat serta Moskow.

Myanmar akan diwakili Naib Presiden, U Henry Van Thio. Satu tanda kehadiran orang nombor tiga ini hanya akan menjadi pendengar pasif sahaja pada persidangan tahunan itu.

Apa pun samada Suu Kyi hadir atau tidak, kita mengharapkan Turki, Malaysia, Indonesia dan Iran akan meneruskan agenda kombinasi blok Islam untuk membangkitkan sentimen anti-Myanmar dan seteruskan melobi agar isu ini dibawa ke Majlis Keselamatan.

Myanmar mesti berdepan tindakan sekatan ekonomi! – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top