Bukan Berita Online Biasa

‘Lautan Merah’ Penuh Dengar Ucapan Dasar Presiden

in Politik/Utama & Sensasi

TIDAK berganjak, itu reaksi apabila melihat ‘lautan merah’ pengunjung Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017 membanjiri ruang hadapan skrin gergasi di aras dua Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Lebih 5,000 pengunjung yang tidak berpeluang memasuki Dewan Merdeka malah kelihatan tekun mendengar ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berakhir kira-kira jam 12 tengah hari Khamis.

Ini sekali gus melambangkan perjuangan Perdana Menteri dalam mempertahankan masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak pernah berseorangan dan sentiasa disokong padu oleh masyarakat.

Dalam tinjauan Mynewshub, biarpun ruang yang disediakan itu agak terhad namun ia tetap tidak menghalang ramai pengunjung untuk terus mendengar ucapan dasar presiden yang dipaparkan menerusi skin disediakan.

Biarpun tidak beralas dan kebanyakan duduk bersila, rata-rata pengunjung tanpa mengira usia tua atau muda dilihat gembira kerana berpeluang dapat mendengar sendiri ucapan biarpun sekadar melalui paparan skrin.

Tinjauan Mynewshub juga mendapati sekitar laluan kawasan Dewan Merdeka turut dipasangkan beberapa skrin bagi memudahkan pengunjung mengikuti ucapan pembahas yang akan mengupas isu melibatakn pelbagai usul.

PAU 2017 kali ini menyaksikan kehadiran 2,718 anggota UMNO dari seluruh Malaysia mewakili 3,644,295 ahli parti itu dari 21,851 cawangan yang terletak di 191 bahagian pilihan raya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Politik

Go to Top