Bukan Berita Online Biasa

Lelaki Cemas Bearing Tersekat Pada Kemaluan

Lelaki Cemas Bearing Tersekat Pada Kemaluan

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

GEORGE TOWN – Seorang lelaki mengalami kesakitan lebih 12 jam apabila kemaluannya tersangkut alat ‘bearing’ seperti cincin yang dipakainya sejak malam tadi.

Pegawai Bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, Mohd Asrul Naim Abidin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Hospital Pulau Pinang (HPP) berhubung kejadian itu kira-kira pukul 10.50 pagi tadi.

Beliau berkata sepasukan anggota bomba tiba di HPP lima minit kemudian dan mendapati mangsa yang berusia lingkungan 20-an berada dalam keadaan separa sedar.

“Selepas kami menerima panggilan khidmat khas untuk membantu memotong cincin (bearing) di kemaluan mangsa, kami bergegas di hospital untuk memberi bantuan segera.

“Difahamkan sebelum pihak bomba dihubungi, ada jabatan lain yang cuba memotong cincin pada kemaluan mangsa tetapi gagal,” katanya di sini hari ini.

Mohd Asrul Naim berkata bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memotong bearing itu sebelum ia berjaya ditanggalkan daripada kemaluan mangsa.

Beliau berkata difahamkan mangsa memakai bearing itu sejak pukul 8 malam tadi dan dipercayai ia dipakai ketika lelaki berkenaan hendak mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

“Kami menggunakan alat khas yang dicipta sendiri oleh Balai Bomba Jalan Perak untuk memotong cincin itu,” katanya.

Beliau berkata mangsa menggunakan cincin berkenaan yang merupakan bearing yang biasanya dipasang di kolam renang. – BERNAMA

Loading...
Tags:

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top