Bukan Berita Online Biasa

Lelaki Israel Tertua Di Dunia, Mati Usia 113 Tahun

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

BAITULMAQDIS – Tahun lalu, Guinness World Records mengisytiharkan seorang warga emas yang berasal dari bandar Haifa di utara Israel, sebagai lelaki tertua di dunia setelah cecah usia 113 tahun.

Bagaimanapun warga emas yang bernama Yisrael Kristal ini dilaporkan telah meninggal dunia pada Jumaat iaitu sebulan sebelum sempat beliau dapat menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-114.

Kristal dikatakan berasal dari Poland yang dulunya dikenali sebagai Zarnow pada 1903. Mending juga merupakan salah seorang daripada mangsa yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Nazi.

Dia namun tidak banyak bercakap mengenai pengalaman ngerinya ketika berada dalam program kejam Nazi yang digelar sebagai Holocaust itu. Lelaki ini mempunyai seramai sembilan orang cucu dan 32 cicit.

“Dua buku boleh ditulis kira-kira satu hari di sana,” katanya dalam wawancara yang jarang berlaku ketika ditemui oleh pihak akhbar tempatan Haaretz beberapa tahun lalu.

Apabila ada wakil dari Guinness memaklumkan bahawa dia merupakan manusia tertua di dunia, Kristal sebaliknya tidak terkejut langsung dan baginya itu bukan perkara yang mengejutkan pun.

“Setiap orang memiliki nasib sendiri, dari syurga tidak ada rahsia,” katanya lagi apabila pernah menyaksikan dua perang dunia, yang telah membuatkan dia berasa bahawa dunia ini sememangnya semakin buruk.

“Dunia lebih buruk dari masa lalu. Saya tidak suka kebebasan dan kebolehan di sini. Semuanya dibenarkan, pada satu masa dahulu, golongan muda tidak begitu nakal berbanding sekarang.

“Dulu mereka terpaksa berfikir tentang profesyen dan tentang cara untuk terus hidup. Kebanyakan mereka adalah tukang kayu, tukang jahit. Tapi perkara seperti itu sudah tidak wujud lagi hari ini.

“Kini semuanya berteknologi tinggi. Perkara-perkara datang dengan mudah, tanpa usaha, tanpa buruh manual masa lalu,” tambah Kristal lagi.

Baginya kalau dahulu semua anak perlu mendengar kata kedua-dua ibu bapa mereka. Namun kini, ibu bapa pula yang perlu menurut saja apa yang dikatakan oleh anak.

Selepas tamat Perang Dunia Pertama, Kristal telah berhijrah ke Lods dan dia bekerja di sebuah kilang manisan milik keluarganya sebelum berkahwin dan memiliki cahaya mata.

Namun kehidupannya terjejas teruk apabila kawasan yang didiami oleh orang Yahudi ketika itu berjaya ditawan oleh tentera Nazi Jerman ketika Perang Dunia Kedua pada awal 1940-an.

Sebab itulah dia dihantarkan ke kem maut Auschwitz-Birkenau, malah dua anak serta isterinya maut. Ketika ditemui oleh pihak penyelamat pada hujung peperangan, berat badannya cuma seberat 37 kilogram.

Jadi seba itulah dia menetap di Israel dan berjaya membuka sebuah kedai manisan bersama dengan ahli keluarga baharunya. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top