Bukan Berita Online Biasa

Pelakon Porno

Lelaki Miliki Alat Sulit Terpanjang Jadi Pelakon Porno

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

LELAKI yang memiliki alat sulit terpanjang di dunia dengan ukuran 18.9 inci, telah ditawarkan sebagai pelakon filem lucah.

Roberto, 54 tahun yang berasal dari Saltillo, Mexico ini, pernah mengadu dia sukar mendapatkan pekerjaan disebabkan keadaannya itu.

Menurut TheLADBible, pengarah di sebalik YouPorn dan FakeTaxi berminat untuk bekerjasama dengan Roberto.

“Kami akan terbangkan dia ke Praque untuk filem `doktor dan jururawat’. Semua orang sudah pasti mahu menyaksikannya,” lapor TheLADBible yang memetik YouPorn.

Meskipun Roberto berbangga kerana memiliki alat sulit terpanjang di dunia walaupun masih belum diiktiraf oleh Guinness Book of Records namun golongan perubatan menasihatkannya supaya memikirkan untuk mengurangkan saiz alat sulitnya itu.

“Kami menasihati Roberto bahawa perkara terbaik untuknya ialah dengan membenarkan doktor membentuk semula alat sulitnya supaya menjadi normal agar dia tidak sakit dan pada masa sama boleh menjalin hubungan seksual serta mempunyai anak.

“Namun dia enggan dan lebih rela memiliki alat sulit yang panjang berbanding orang lain kerana mahu kelihatan `macho’,” kata Dr. Jesus David Salazar Gonzalez.

Saiz alat sulitnya yang panjang itu sering kali menyebabkan masalah kesihatan kepada Roberto dan dia selalu mendapat jangkitan ketika kencing.

Dia juga sukar tidur pada waktu malam manakala aktiviti seksnya juga terbatas.

Ketika menetap di Amerika Syarikat Roberto pernah cuba mengadakan seks sebanyak dua kali namun wanita terbabit meminta ia dihentikan kerana terlalu sakit. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top