Bukan Berita Online Biasa

Lepas Bergelar Datuk, Nassier Dapat Banglo Pula!

Lepas Bergelar Datuk, Nassier Dapat Banglo Pula!

in Artis/Utama & Sensasi

WOW, tak sampai seminggu menerima gelaran Datuk, penyanyi yang terkenal dengan lagu Memori Cinta Luka, Datuk Nassier Wahab menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila beliau dihadiahkan sebuah rumah banglo.

Nassier dihadiahkan kediaman terbabit selaku duta kepada sebuah syarikat hartanah yang diumumkan hari ini.

Syarikat hartanah yang diterajui pelakon dan ahli perniagaan, Boy Iman bermurah hati menghadiahkan banglo berharga RM150,000 yang terletak di Kapar, Klang sebagai menghargai perjuangan kepada penyanyi itu yang bergelar anak seni selama 32 tahun.

Lepas Bergelar Datuk, Nassier Dapat Banglo Pula!

“Semua kurniaan yang diterima ini bagai nikmat berganda buat saya. Ia juga umpama hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-55 pada 18 April lalu.

“Bukan saja diumumkan sebagai duta syarikat berkenaan, saya juga dihadiahkan sebuah banglo. Kediaman yang saya terima ini juga tak jauh daripada tempat tinggal saya sekarang di Bukit Raja,” katanya dipetik BH Online.

Nassier dianugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk di Istana Abu Bakar, Pekan pada Isnin lalu (15 Mei). РMYNEWSHUB.CC 

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top