Bukan Berita Online Biasa

Lepas Jual Bengkung, Sajat Kini Jual Emas Pula

Lepas Jual Bengkung, Sajat Kini Jual Emas Pula

in Artis/Utama & Sensasi

SELEPAS kejayaan DSV dalam perniagaan barang kemasnya, kini seorang lagi usahawan terkenal telah mengikut jejaknya.

Siapa lagi kalau bukan usahawan meletop, Nur Sajat! Sekarang ni Sajat bukan sahaja dikenali dengan perniagaan kecantikan, tapi telah bergelar usahawan emas!

Sajat ada membuat video live petang di akaun Facebook miliknya semalam dan telah memperkenalkan barang kemas yang bakal dijual. Macam biasalah, kalau jual barang kemas mesti nak tarik perhatian kaum wanita kan. Sila rambang mata wahai kaum wanita sekalian!

Tengok je lah besar mana rantai dan gelang yang Sajat selalu pakai tu! Gedabak besar makcik oih… Bila lagi nak merasa macam tu?

Katanya barang kemas yang Sajat jual ni murah. Betul ke? Anda kira lah sendiri berapa upah yang Sajat ambil. Murah ke mahal?

Rambang mata uolss tengok gelang-gelang yang Sajat jual ni. Tebal-tebal uolss… Kalau rasa iman tak tebal tu, jemput untuk tengok jelah. Kalau rasa dah tak tahan, boleh lah cari yang paling murah. Paling murah pun beribu riban jugak makcik oihh.

Semalam pun Sajat dah buat satu akaun Instagram untuk perniagaan emasnya ni. Tapi masih belum diketahui sama ada semua barang kemas ni boleh dibeli dekat kedai atau secara online sahaja.

Ikutkan apa yang telah dikatakan oleh Sajat, dia mungkin akan membuka kedai emas itu pada tahun hadapan. Tapi lokasi masih belum diberitahu lagi.

Biasanya kalau bab barang kemas ni mesti kita nak pegang-pegang, belek-belek sikit. Cuba dekat tangan ke, gantung dekat leher ke kan. Baru lah rasa puas hati.

Uols taknak ke barang kemas ni? Ni semua collection Nur Sajat. Murah-murah je ni. Cantik gila tau! Mak mertua tengok pun silau-silau mata dia tau tengok gelang yang kita jual ni,” kata Sajat dalam video live tersebut.

1 gram dijual dengan harga RM187 termasuk harga upah dan tiada GST katanya. Tapi ada pula netizen yangterus buat kira-kira nak tengok berapa harga upah yang Sajat ambil ni.

Kami tak berani nak komen apa-apa tentang harga upah yang Sajat ambil. Yelah, kadang-kadang lain kedai lain harga upah dia kan.

Apa pun salute la dekat Sajat ni. Macam macam bisnes dia buat. Daripada bengkung, pencuci muka, suntikan vitamin C, bedak merah-merah dan macam-macam lagi lah.

Ini lah kot yang orang kata kalau dah otak bisnes, apa je yang dia buat mesti menjadi. Mungkin ni semua rezeki Sajat kan. Kita tak boleh mengata rezeki orang lain. Kata orang rezeki nak ke Tanah Suci Makkah kan.

Kalau sebelum ni Sajat hangin pasal kes Pian Kpop, sekarang Sajat dah cool down dah. Bukan biasa-biasa dia punya cool down. Terus jual emas!

Katanya emas ni semua hasil gold bar yang dilaburkan dah terus dibuat jadi barang kemas. Harga boleh kurang lagi katanya.

“Merecik-recik hawau! Emas ni bagus untuk investment, sebab nanti akan datang emas akan jadi mahal! Nanti boleh jadi satu gram bersamaan RM500.”

Tapi betul juga kata Sajat ni, lama-kelamaan nanti harga emas ni makin mahal. Jadi watu tengah murah ni lah kita kena beli.

Apa pun semoga perniagaan emas Sajat ni akan berjaya seiringan dengan kejayaan perniagaan dia yang lain.

Ehemm… Sajat dah jual emas… Dato’ Aliff Syukri bila pula? Boleh juga kalau nak jual jam Rolex tu! #JanganMengata. – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top