Bukan Berita Online Biasa

Lima Filem Popular Tema Kemerdekaan

in Artis/Utama & Sensasi

SARJAN HASSAN

Sarjan Hassan, filem peperangan menentang pendudukan Jepun di Tanah Melayu pada 1941-1945.

Produksi filem ini dimulakan pada 1957 dan ditayangkan di pawagam pada 28 Ogos 1958 sempena sambutan setahun Tanah Melayu Merdeka.

Filem lakonan Tan Sri P. Ramlee dan Tan Sri Jins Shamsudin serta Saadiah ini dianggap ikon sinema pada tiap kali kedatangan Bulan Merdeka kerana sering disiar semula di TV.

Walaupun berformat hitam putih, filem ini tetap kekal berkesan pada jiwa setiap kali diputar. Tema mengenai perjuangan tentera Melayu menentang komunis sebelum merdeka ini mengobarkan nilai patriotik generasi demi generasi.

Hassan pemuda kampung yang sering diejek, akhirnya bangkit sebagai hero yang memperjuangkan usaha menewaskan Jepun.

Selain lagu tema runut bunyi Tunggu Sekejap, filem ini antara legasi kehebatan lakonan tiga biduan hebat tanah air.

Pada awalnya filem ini diarahkan oleh Lamberto Avellana tetapi beliau tidak sempat menyiapkan filem ini sepenuhnya.

Tugas pengarahan kemudiannya diambil alih oleh P. Ramlee. File mini terbitan Run Run Shaw(Malay Film Productions Ltd) Ia ditayangkan pada 28 Ogos 1958.

BUKIT KEPONG

Filem Bukit Kepong penuh aksi patriotik. Diarahkan Jins Shamsudin dan dibintangi oleh dirinya sendiri, selain A. Rahim dan Hussein Abu Hassan.

Filem ini berdasarkan kisah benar serangan komunis di Bukit Kepong, Johor. Ia memenangi lapan anugerah dalam Festival Filem Malaysia Ketiga, temasuk Filem Terbaik. Tayangannya pada 1981.

Dibintangi pelakon Jins Shamsuddin sebagai Sarjan Jamil Md Shah, A. Rahim sebagai Lans Koperal Jidin, dan Hussein Abu Hassan sebagai MM Osman Yusoff.

Cerita perjuangan pasukan polis dan masyarakat tempatan di Bukit Kepong, Johor melawan komunis pada 1950. Kemuncak pertempuran berlaku pada 23 Februari di balai polis Bukit Kepong yang mempunyai 18 orang anggota.

Filem ini menjadi filem termahal dekad lapan puluhan dengan kos RM 1.3 juta. Ia berbaloi, kerana Bukit Kepong berjaya mencapai kutipan box office RM1.7 juta.

Bukit Kepong kemudiannya disunting semula United Studios, syarikat pengedar dan pemasaran KRU International, yang melabur dalam pemulihan dan peningkatan HD dengan kos RM100,000.

LEFTENAN ADENAN

Leftenan Adnan merupakan filem patriotik arahan Aziz M. Osman pada 2000. Dibintangi Hairie Othman, Umie Aida, Rambo Chin, Faizal Hussein, Rusdi Ramli, Shaharuddin Thamby dan Wahid Senario.

Ia mengisahkan perjuangan Leftenan Adnan, anak jati Kajang, Selangor dalam menentang pendudukan Tentera Jepun di Singapura ketika Perang Dunia II.

Filem ini ditayangkan pada 31 Ogos 2000 dan mencatat jumlah kutipan RM1,075,697.85.

Memenangi beberapa anugerah pada Festival Filem Asia Pasifik ke 45 pada tahun 2000. Antaranya Penataan Bunyi Terbaik dan Anugerah Khas Juri.

Latar filem ini merujuk pada kejadian pertempuran di Bukit Timah, Singapura yang mengangkat nama tentera Melayu bernama Adnan bin Saidi.

1957: HATI MALAYA

Filem Melayu terbitan Pesona Pictures Sdn. Bhd. yang bertemakan sejarah Tunku Abdul Rahman Putra. Seorang anak muda yang penuh dengan semangat jiwa merdeka.

Filem ini mendapat kerjasama Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) dan Digi. Tayangan perdananya di Cathay Cineplex, Damansara, pada 4 September 2007.

Filem ini mengambil berat fakta ketepatan sejarah. Walaupun tidak sepenuhnya tetapi kebanyakan babak dilakonkan berdasarkan sumber sejarah.

Filem arahan dan terbitan Shuhaimi Baba dan dibintangi oleh Maya Karin, Rusdi Ramli dan Mohd Kamarulzaman Taib. Filem ini menelan perbelanjaan sebanyak RM 3 juta. Filem ini mendapat kutipan sebanyak RM 0.316 juta.

Filem ini meraih anugerah di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007, Festival Filem Malaysia ke 21 pada 2008. Pelakon (siapa) berjaya memenangi Anugerah Skrin 2008 bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

EMBUN

Embun atau tajuk asalnya Titisan Air Mata Embun, filem berunsurkan drama dengan latar peperangan. Kekuatannya pada kisah cinta romantik.

Mula ditayangkan pada 1 Ogos 2002. Embun menelan kos pembikinan RM2 juta dan penggambarannya di Pulau Pinang dan Perak.

Filem arahan Erma Fatima ini dibintangi Umie Aida, Aqasha, Hani Mohsin dan Izi Yahya dan diterbit oleh Filem Negara Malaysia.

Dialog filem Embun berbahasa Melayu dan Jepun kerana berlatarkan zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Filem yang mengangkat jasa wanita yang memperjuangkan maruah Tanah Melayu.

Perjuangan wanita yang bernama Embun bermula apabila dia cuba untuk membebaskan dan memperjuangkan matlamat abangnya dalam menentang Jepun.

Embun dipilih sebagai wakil negara di Festival Filem Asia Pasifik ke 47 di Seoul, Korea Selatan. Dinobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 16 pada 2003.

Antaranya anugerahnya ialah Pelakon Wanita Terbaik (Umie Aida), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Izi Yahya), Sinematografi Terbaik (Teoh Gay Hian), Skor Muzik Terbaik (Mokhzani Ismail), Skrip Terbaik -Rohiman Harun dan Penataan seni terbaik (Yee I-Lann).

#laskarmalaya


Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top