Bukan Berita Online Biasa

Liputan Haji Via IG @tvalhijrah114 Labaikallah

Liputan Haji Via IG @tvalhijrah114 Labaikallah

in Alhijrah Frenz/Utama & Sensasi

DETIK puncak Musim Haji sudah bermula. Ratusan ribu jemaah dijangka memasuki Makkah minggu ini sebelum meningkat ke angka 4 juta jemaah menjelang detik puncak ibadah haji.

Setelah dua minggu laporan Musim Haji via Instagram @tvalhijrah114 dilancarkan sebagai platform paparan terkini dalam talian gajet, kini muncul program Labaikallah di TV AlHijrah.

“Setelah tiga minggu mengikuti laporan live via IG @tvalhijrah114, kini masanya liputan berkembar diperoleh. Selain 24 jam via IG, penonton akan dapat mengikuti Berita Haji secara konsisten melalui program Labaikallah di TV AlHijrah,” kata Pengurus Tim Haji, Ainur Mardhiah Az Zahra.

Liputan Haji Via IG @tvalhijrah114 Labaikallah

Liputan Musim Haji akan disiarkan pada pukul 9.30 malam setiap hari bermula 29 Ogos hingga 14 September ini.

Selain menyediakan pelbagai laporan berita dari Makkah, program ini turut menganjuran Kuiz Labaikallah.

Pemenang akan menerima sebuah kereta Proton Saga, tiga motorsikal Modenas dan enam pakej umrah. – MYNEWSHUB.CC

Liputan Haji Via IG @tvalhijrah114 Labaikallah

Liputan Haji Via IG @tvalhijrah114 Labaikallah

Loading...

Terkini dari Alhijrah Frenz

Go to Top