Bukan Berita Online Biasa

Litar Pintas Mungkin Punca Kebakaran Pusat Tahfiz?

Litar Pintas Mungkin Punca Kebakaran Pusat Tahfiz?

in Utama & Sensasi

KUALA LUMPUR – Kejadian kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Abu Obaidat Mohamad hari ini berkata litar pintas itu dipercayai berlaku di hadapan pintu masuk bilik asrama tingkat paling atas bangunan tiga tingkat itu.

Beliau berkata perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama tingkat tersebut.

“Mereka dipercayai cuba menyelamatkan diri dari kawasan kebakaran di tengah bilik dan cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap.

“Bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar, tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian. – BERNAMA

Loading...

Terkini dari Utama & Sensasi

Go to Top