Bukan Berita Online Biasa

Luah Tular Bidan Ini: 'Sibuk Sebab Seks Malam Krismas'Luah Tular Bidan Ini: 'Sibuk Sebab Seks Malam Krismas'

Luah Tular Bidan Ini: ‘Sibuk Sebab Seks Malam Krismas’

in Gaya Hidup/Utama & Sensasi

LONDON – Curahan hati seorang bidan ini melalui laman popular Twitter mungkin biasa namun ia tiba-tiba menjadi tular sehingga mendapat perhatian ramai pengguna media sosial di seluruh dunia.

Menurut media Britain, bidan bernama Mhairi Maharry yang bertugas di sebuah hospital di sini pada asalnya hanya mengeluarkan imbauan nasihat agar pasangan muda tidak ghairah melakukan hubungan seks menjelang Krismas.

Kisahnya bermula apabila bidan berusia 33 tahun itu bercerita mengenai betapa sibuknya dia dan rakan-rakan penat teramat sangat kerana terpaksa menangani ramai wanita serentak melahirkan bayi pada awal bulan September lalu.

“Baru sahaja tarikh 5 September? Saya tidak tahan menunggu 25 hari lagi. Jika anda mengenal atau mencintai tugas bidan, harap berhenti ‘berbuat henjutan’ ketika malam ambang Krismas,” tulis Maharry pada tarikh berkenaan.

Luah Tular Bidan Ini: 'Sibuk Bulan Ini Sebab Seks Malam Krismas'

Status kicauan jujur wanita itu menerima tanda suka lebih daripada 15,000 pengguna Twitter selain mendapat kira-kira 4,000 ulang kicau dan lebih 300 komen netizen dalam masa hanya 48 jam pertama setelah dimuat naik.

Untuk rekod, secara kebetulan pada tahun 2015 lalu, sebuah pengeluar kondom terkemuka antarabangsa, SKYN melakukan bancian rawak dengan melibatkan sejumlah 5,000 responden lelaki dan wanita di seluruh dunia.

Hasil survei syarikat pembuat sarung batang zakar tersebut mendapati, hampir setengah daripada responden terbabit mengaku telah melakukan hubungan seks menjelang Hari Natal iaitu 24 Disember tahun sebelumnya.

Sementara itu, menurut artikel dalam sebuah majalah kesihatan wanita di Britain ada mendedahkan bahawa pada kebiasaannya pasangan remaja suka bersetubuh ketika mereka ‘bersiap-siap’ untuk makan malam pra-Krismas.

Turut sependapat ialah ramai bidan dan jururawat di wad bersalin yang menyokong gesaan Maharry malah mereka juga putus asa dengan situasi kesibukan amat sangat pada 25 September ekoran ramai wanita beranak serentak.

Salah satu kicauan sokongan berbunyi: “Saya telah melihat perkara sebegini sejak sekian lama, sekarang anda tahu bilakah waktu sesuai yang wajar memenuhi nafsu syahwat dan akibat seronok berjimak pada hari perayaan utama.”

Seorang doktor pula melihat luahan hati Maharry dengan menulis: “Dengar, dengarlah!” Sejumlah wanita bahkan membalas pernyataan bidan itu dengan permohonan maaf, kerana ‘membuat’ anak-anak mereka ketika Krismas.

“Saya sangat menyesal, anak pertamaku adalah bayi bulan September. Bidan di hospital hampir pengsan. Saya tidak dapat meminta maaf cukup daripada dia,” tulisan Eliza Doodle, seorang ibu yang bersimpati menerusi Twitternya.

Mungkin, tidak hanya seks menjelang Hari Natal yang menjadi masalah. Faktor kekurangan tenaga bidan di seluruh Britain turut memaksa banyak unit bersalin terpaksa ditutup seketika pada akhir minggu dan hari perayaan besar.

Akhbar The Times melaporkan beberapa wanita hamil terpaksa ditolak oleh pihak hospital kerana mereka sendiri mengalami kekurangan petugas, terutama ketika jururawat dan bidan turut bercuti pada awal bulan September.

Berdasarkan catatan pihak National Health Service, sembilan daripada 10 unit bersalin di Britain teruk ‘berjuang’ pada 25 September apabila terpaksa kerah kudrat tenaga semua doktor dan bidan yang sedia ada tanpa henti.

Di Amerika Syarikat, laman statistik FiveThirtyEight memperoleh data amat mengejutkan ramai bahawa jumlah besar bayi di negara itu lahir pada tanggal 25 September, lebih banyak berbanding hari-hari lain dalam setahun.

Hasil ini ditemui dengan cara pengumpulan data kelahiran yang didaftar di seluruh negara sejak tahun 1994 hingga 2014. Itu bererti waktu persetubuhan pasangan berlaku sekitar tempoh Krismas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

Terkini dari Gaya Hidup

Go to Top