Bukan Berita Online Biasa

Gal Gadot Punca Lubnan Haram Tayang Wonder Woman

in Artis/Utama & Sensasi

LUBNAN secara rasminya mengharamkan penyiaran filem blockbuster Hollywood Wonder Woman kerana pelakon utamanya Gal Gadot pernah berkhidmat sebagai tentera rejim Zionis.

Sebahagian besar penduduk Lubnan memuji langkah tersebut kerana ia menunjukkan pendirian negara itu dalam kempen memulau dan memencilkan Israel.

Susulan arahan pengharaman itu, kesemua poster promosi filem Wonder Woman di Beirut terpaksa diturunkan serta-merta.

Pengharaman filem itu dilakukan dua jam sebelum 15 pawagam utama di Lubnan bakal menyiarkan filem tersebut, kelmarin.

Setakat ini, Lubnan satu-satunya negara Arab mengharamkan filem edaran Warner Bros. Pictures itu yang akan ditayangkan di Mesir, Algeria serta Tunisia awal bulan ini.

Gadot menjalani khidmat ketenteraan wajib Israel pada tahun 2006 di mana tentera Zionis telah menyerang Lubnan dengan serangan peluru berpandu berbulan lamanya.

Dalam konflik perang tersebut, lebih 1,000 penduduk Lubnan maut manakala lebih sejuta diusir keluar dari rumah masing-masing.

Gadot yang seperti kebanyakan golongan muda Israel diwajibkan menyertai program kerahan tenaga dan pernah menyuarakan sokongan terhadap tindakan Israel menyerang Hamas di Semenanjung Gaza. – MYNEWSHUB.CC 

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top