Bukan Berita Online Biasa

Lucu! PM Tersasul Sebut Wak Doyok Jadi Wak Dogol

in Artis/Utama & Sensasi

DI SEBALIK ‘drama hangat’ David Teo ditampar pelakon komedi Mat Over, turut berlaku satu kejadian mencuit hati di Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diadakan di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya, semalam.

Menerusi satu rakaman video yang kini tular di media sosial, ia menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada mulanya sedang berbual dengan seorang pegawai.

Dalam perbualan tersebut kedengaran Najib berkata, “Wak Dogol pun boleh?” membuatkan pegawai berkenaan membetulkan sebutan nama ‘Wak Doyok’ sambil menuding jari ke arah kamera.

Perkara melucukan itu disusuli dengan gelak tawa berdekah orang ramai yang berada di sekeliling.

Video itu turut dikongsikan sendiri oleh personaliti fesyen, Wak Doyok dengan memuat naik rakaman itu ke dalam laman Instagramnya.

Ikon fesyen yang lebih mesra dipanggil Wak itu turut berkongsikan gambar swafoto kenangan di antara dirinya bersama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam majlis sama. – MYNEWSHUB.CC

Lucu! PM Tersasul Sebut Wak Doyok Jadi Wak Dogol

Loading...

Terkini dari Artis

Go to Top